Khamis, Januari 6

Resepi Tat Buah Peach

Tat buah peach
Hari tu kan kami belajar banyak resepi. Dan di atas ialah tat buah peach yang telah kami buat berdasarkan resepi di bawah:

Pastri

250 g mentega (sejuk dari peti)
50 g gula ising
400g tepung gandum
1 biji kuning telur

Cara penyediaan doh

1. Pukul mentega dan gula ising hingga sebati (jangan sampai kembang)
2. Masukkan kuning telur
3. Setelah sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit
4. Uli dan bentukkan menjadi sebiji bola. Bungkus dengan pastik.
5. Rehatkan dalam peti sejuk 15 minit.

Tips: bakar doh yang telah dicanai ke dalam acuan separuh masak (10 minit). Kemudian masukkan filling dan bakar semula.

Filling

3 tin buah peach
4 biji telur (dipukul)
1/2 cawan gula caster
3/4 cawan susu cair (fresh milk)
1/2 cawan santan (atau whippig cream/susu sejat)

Cara penyediaan

1. Masukkan telur dan susu, gaul sebati
2. Masukkan susu sejat (atau santan) dan gula, gaul sebati
3. Masukkan buah peach yang dipotong dadu. Pukul hingga buah pic hancur
4. Tuangkan ke dalam pastri dan masukkan buah peach yang dipotong half moon
5. Bakar dalam oven 15 ke 20 minit hingga kekuningan.


Selamat mencuba!


Catat Ulasan