Rabu, Januari 12

Perbezaan di antara notebook dan netbook

Saya rasa ramai juga yang nak tau apakah bezanya antara notebook dan netbook. Sekarang ni ada laptop (notebook) versi kompak iaitu netbook. Secara umumnya, perbezaan yang nyata dan jelas adalah dari segi saiznya iaitu netbook mempunyai saiz yang lebih kecil dari notebook. Sebab netbook bersaiz kecil adalah untuk memudahkan dari segi mobiliti dan senang dibawa ke mana2 kerana tidak terlalu berat.

Selain itu, netbook mempunyai ketahanan bateri yang lama iaitu boleh tahan selama 8 jam jika tidak dicaj.Berlainan dengan bateri notebook yang cepat abis iaitu sekurang2nya dalam masa 2 jam. Baterinya tahan lama kerana penggunaan power yang rendah. So ini juga memudahkan untuk penggunaan dimana2 tanpa perlu mengecas bateri.

Dari segi keupayaan processor pula, netbook lebih perlahan kerana menggunakan Intel Atom. Manakala, notebook menggunakan processor intel pentium, celeron dan sebagainya. So, netbook ni lebih kepada aktiviti ringan seperti menaip dokumen dan lain2 yang tak menggunakan banyak keupayaan laptop.

Netbook juga biasanya tidak mempunyai dvd drive dan hanya ada usb port. Jadi, untuk menggunakan cd atau dvd anda kena memiliki external dvd rom drive. Takde masalah sangat sebenarnya. Yang penting, usb port masih boleh digunakan.

Selain itu, saiz monitor juga lebih kecil, dan ini bermakna semua yang dipaparkan adalah kecil dari laptop biasa. Saiz memori juga lebih kecil dan saiz storan pun kurang dari notebook biasa. Dan yang tak kurang penting juga adalah harga netbook biasanya dalam lingkungan RM1000 ke RM1200. Kurang sikit dari harga notebook yang paling kurang pun RM1500 dan ke atas.

Yang ada muka baby Iman tu, notebook... yang sebelah lagi tu netbook

Netbook


Kredit: Entri Blog kimirekonen dan Gambar Blog IbuIman


Catat Ulasan