Isnin, Januari 24

Part Time Stalker?

Pagi² on FB, nengok ler suggestion dari kawan², ada profile mamat ni yang nama macam saya kenal, tapi muka dah lain sket. Rupanya orang yang saya minat masa sekolah dulu! Hahaha. Kelakar. Entah macam mana lah saya boleh minat mamat tuh. Macam entah pape jer.

Korang plak camne kalau jumpa orang yang pernah korang minat? Berminat ke nak jadi stalker? Hahaha. Takde masanya nak jadi stalker, kan? Ooops.. Kadang-kadang tu saya jadi juga part time stalker tau. Hihihi. Saje.. takde kerja.... tengok² gambar orang. Camne life dia sekarang. Berapa orang anak. Anak comel tak. Hahaha. Memang takde kerja kan?

Apapun, saya bahagia dengan apa yang ada sekarang. Orang nak stalking, stalking ler. Nak buat hidup saya 'musnah'? Saya redha dengan ujianNYA. Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.


Ibu Iman: stalker ni kadang² menakutkan..


Catat Ulasan