Selasa, Disember 21

Semuanya dihadiahkan oleh....

Saya menulis ni secara rambang. Takde kaitan dengan yang hidup atau pun yang mati. Cuma kekadang buat saya terfikir. Ada ke dalam dunia ni, yang kita dapat, yang kita nak, yang kita idam-idamkan semuanya dihadiahkan oleh orang kesayangan. Tak kisah ler, suami ke, isteri ke, tunang ke, boyfriend ke, girlfriend ke. Ada ke macam tu ek?


Bagi saya, benda yang kita dapat dari titik peluh kita sendiri tu lebih 'syorga', kalau boleh sampai bila kita memang sayang nak buang. Kalau benda yang orang bagi, kasih sayang terhadap benda tu ada kureng sedikit. 


Orang yang tak kawen lagi, baru jer bercintan-cintun, memang senang ke nak bagi benda yang mahal-mahal? Gadget yang macam DSLR, laptop, smartphone, PS, memang senang ye nak bagi as a present? Ke pasangan tu yang request sendiri? Kalau request sendiri, memang tak malu betol la. Nanti tak jadi kawen, clash, pastu mengungkit. Sape nak menjawab.


Orang baru bertunang, bagi present mahal-mahal, mesti anak orang kaya kan? Tak perlu saving untuk kawen. Bestnya dapat tunang macam tu.


Saya, masa bertunang benda yang paling mahal tunang saya bagi ialah handphone SE dan jam tangan. Jam tu memang saya sayang pun sampai sekarang.


Masa kawen, lain cerita lah. Semua benda kita share bersama. Lagi-lagi bila dah bergelar Ibu, suami akan lebih sayang kita. Nak bagi smartphone ke, gelang emas ke, rantai berlian ke, memang hak kita sebagai isteri. Itulah penghargaan suami kepada seorang isteri di samping kasih-sayang yang tak berbelah bagi. Wow, macam bahagia je. Tapi memang bahagia pun macam tu, ada give and take. Memang macam tu pun sepatutnya bila melayari bahtera rumahtangga. Kan? Kan?


Kalau saya, walaupun kita ni tanggung jawab suami, tapi sebagai manusia kita masih ada hak sebagai seorang manusia. Biasalah wanita ni, 1 akal, 9 nafsu! Kalau benda yang saya nak, sebolehnya saya akan guna wang sendiri untuk mendapatkannya. Sebab kepuasannya memang ketara di situ!



 
Catat Ulasan