Khamis, Disember 23

Memilih nama untuk 2nd baby

Wow! Bunyinya macam kontroversi jer. Tapi sebenarnya Iman Madihah belum ada rezeki lagi nak dapat adik. Memang merancang pun, mesti la takde rezeki. Hehe.

Nak bercerita mengenai sejarah nama Iman Madihah dulu, sebelum nak bercerita mengenai nak cari nama untuk adik Iman. Sebenarnya dulu, masa pregnant, saya dan suami suka cari nama baby boy. Orang tua-tua kalau nampak jer perut saya, mesti akan cakap, 'lelaki anak ko tok'. Sampai saya pun mengidam-ngidamkan baby boy. Nama untuk baby boy memang dah ada 5 pilihan. Setiap malam sebelum tido, bukak buku dulu cari nama yang best. Tup-tup bila lepas ceaser tu, tengok baby yang nurse tunjuk tu, baby girl! Alhamdulillah... memang suka pun baby girl, biasalah kan senang nak hias cantik-cantik, beli baju lawa-lawa. Hehehe... tapi sekarang baju baby boy pun boleh tahan gak lah stylo. Tapi kena beli online je la ek.

Nak dijadikan cerita, hari tu saya dan Encik Suami keluar dating tanpa Iman Madihah. Tak ingat ler pulak kenapa tak bawak Iman. So kami sembang-sembang dalam kereta, cerita pasal Iman, Iman tu la, ni la, geram la, comel la, terus masuk ke bab cerita adik Iman yang tak wujud lagi. Kalau adik Iman lelaki, nak bagi nama apa ek?

Ibu Iman: Dulu kan dah ada list name untuk baby boy. Apa kata Ammar Zuhair? Hmm... tetap suka nama tu.

Ayah Iman: Kan nak nama IMAN. So kena la cari nama bermula dengan huruf  'I'.

Kalau nak tau, nama Iman Madihah, Iman Madihah Abdul Nizam = IMAN. Planningnya semua nama adik Iman pun kenalah bermula dengan huruf 'I' dan 'M' so semuanya IMAN.

Ibu Iman: Hmmm... apa yek?

Macam-macamlah nama yang terkeluar dari mulut kami. Iman Marikh la, Iman Musytari la,  Iman Matahari la, sampai ke nama planet-planet pun dah terkeluar ni.

Tiba-tiba.....

Ayah Iman: Haaaaaaa.....! (Tiba-tiba jer dengan muka yang sangat excited dan senyum melebar sekali). Apa kata, IMAN MAHERZAIN....!

Ibu Iman: Hah...?!!!! (Kami berpandangan dan ada ketawa pecah di situ)

Mentang-mentang masa tu kami tengah dengar cd Maher Zain. Ada-ada jer lah idea Encik Suami. Memang kelakar sangat masa tu.

Apa-apapun, kami bersyukur telah mempunyai Iman (kepercayaan) Madihah (yang terpuji) yang dapat menyambung zuriat kami dan menjadi cahaya mata kesayangan penyeri rumahtangga kami. Alhamdulillah.


Catat Ulasan