Selasa, November 16

Bukan mudah nak menjadi jurugambar profesional 3

Hai Auntie-auntie dan Uncle,

Pernah  tak Ibu cerita Iman pergi photoshoot untuk baby contest hari tu?
Hmm... Ibu cerita kat sini.


Hari tu kan Ayah yang pilih gambar untuk Iman masuk  Baby Cuties Photo Contest anjuran Mummycare, Kuching.  Ibu kan kerja jauh. Ayah yang dekat je lah pergi studio untuk pilih gambar. Masa pilih gambar tu Ayah ada beli pakej gambar-gambar Iman.


Auntie-auntie dan Uncle tengoklah, ni sebahagian daripada gambar tu. Gambar yang dihantar untuk masuk contest tu biarlah rahsia. (Ibu  yang cakap). Nanti kalau dah publish untuk divote, Auntie-auntie dan Uncle tengok lah sendiri k. Mungkin publish kat FB kot.

 Heee... Iman ada lollipop giant


Nanti jangan lupa vote untuk Iman ye.



Ini kesayangan Iman, Ayah dan Ibu.


Kredit  untuk Michael Photography, semua gambar di atas diambil oleh beliau.


Yang benar,
Iman Madihah


Catat Ulasan