Ahad, November 7

Bukan mudah nak menjadi jurugambar profesional 2

Semalam Ibu pakaikan Iman baju cantik.
Ibu cakap nak bawak Iman pergi photoshoot.
Mula² Iman tak tau apa itu photoshoot.
Rupa-rupanya ambik gambar.
Ibu suruh Iman posing cantik-cantik sebab Iman nak masuk Baby Cute Contest.
Iman ikut ajer, Iman tak kesah.




Ibu cakap dengan Ayah, appointment photoshoot tu pukul 3.45 pm.
Kami gerak dari umah jam 3 sengah.
Nasib baik kami sempat sampai di Crown Square tu sebelum pukul 4.
Sampai jer kat 'studio' tu Ibu terus jumpa amoi cantik.
Ada seorang photographer lelaki, cina jugak dekat situ.
Mereka memang menunggu ketibaan kami.
Lelaki tu pun suruh Ibu letak Iman kat lantai.


Tengok, Iman tak takut pun.


Iman tak takut, Iman terus duduk tengok lelaki cina tu.
Dia ada kamera besar.
Iman suka kamera besar tu.
Macam Mak Dek punya, tapi lagi panjang.


Iman ada giant lollipop, pinjam jer sebagai props.
Boringnya lollipop ni tak boleh makan.


Baru jer nak bukak plastik, nak masuk mulut Ibu dah cakap 'NO!'. Boring lah Ibu ni.

Lepas beberapa shot & snap, Iman rasa macam banyak jer.
Banyak jer flash, pancar-memancar.
Ibu pun sebok jugak ambik gambar Iman.
Kecoh lah Ibu.
Sebelum balik, Ibu suruh Mak Dek ambik gambar Iman, Ayah dan Ibu.


Kecoh Ibu ni, nak jugak bergambar.

Kat bunting tu pun Ibu ajak Ayah bergambar, Ayah pun nak  jugak. Iman ikut ajer.

Ngantok dah Iman layan kerenah Ayah dan Ibu ni. Suka sangat ambik gambar Iman. Letih tau, Ibu!


Kami kat bawah, Mak Dek kat atas. Bergambar lagi sebelum balik.

Iman dengar Ibu cakap photographer tu bagus.
Tak macam Iman photoshoot kat Emart dulu.
(Kalo nak baca yang 1st photoshoot tu, auntie² dan uncle klik ler kat sini)
Alaa.. ni bukan 1st time Iman photoshoot.
Dulu pun ada jugak, tapi Ibu tak puas hati dengan photographer tu.
Tapi Iman tengok cina lelaki semalam tu  memang bagus.
Dia sampai meniarap kat lantai nak tunggu shot terbaek dari Iman.
Iman pun bagi lah yang terbaek walaupun Iman masih tak sihat sangat.


Iman pun tak tau apa jadi dengan gambar Iman tu nanti.
Takpe, Iman ikut ajer, Iman tak kesah.


Yang benar,
Iman Madihah


Catat Ulasan