Jumaat, November 5

Banjir di tingkat 3, pelik tapi benar!

Semalam saya dan beberapa orang colleague pergi melawat tempat kejadian hari Ahad nanti.
(Ya, Ahad nanti kami ada program bersama menteri di kampung berdekatan Serikin)


Tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya.
Dalam dewan pun dah tak kedengaran suara kami.
Sambil menunggu kontraktor memasang backdrop, nak bunuh masa, saya main la BB saya.
Scroll punya scroll.




Saya dan colleague yang lain anggap gurau-gurau jer.
Takkan lah tingkat atas sekali boleh banjir.
So status di FB tu diignorekan.


Bila sampai di kolej, naik di 2nd floor (bilik saya), tengok pelajar sebok angkat kotak.
Aiks, bilik exam pun banjir ke?
Rupanya, YA!
Memang banjir.
Colleague yang lain tengah sebok mengangkat barang dan dokumen-dokumen di bilik kebal.
Sungguh tak percaya!


Air di depan bilik exam dan bilik pegawai LI.


Lepas tu saya naik ke tingkat atas pulak.
Dah berkaki ayam dah time tu, takut licin kan?
Dah gelap-gelita, semua elektrik dah dimatikan.
Kat bilik atas rupanya dah jadi macam ni:




Memang dalam sejarah, banjir di dalam bangunan, tingkat 2 & 3 plak tu.
Haru plak nak mengemas barang-barang lepas ni.
Dah ler minggu depan nak final amali.


Nasib baik bilik HEP tak masuk air.
Cuma sekarang bilik kami penuh dengan barang-barang mangsa banjir.


Ni yang membuatkan makin tak bersemangat nak kerja nih.


Catat Ulasan