10 Jenis Sayuran Terbaik Untuk Dimakan

Sharing is caring, ya kawan-kawan.
Kita hidup bukan untuk makan, tapi makan untuk hidup.
So make sure apa yang kita makan tidak memudaratkan kita.
Sila semak ye sayuran yang boleh diamalkan.


1. Timun

Biji timun pula mengandungi racun alkoloid jenis hipoxantin - berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan.
* Timun masak dimakan mentah - berkesan merawat penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening berterusan sehingga boleh menurunkan berat badan.
* Rawatan tradisional, timun dikatakan berkesan mengubati penyakit disenteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.


2. Bendi

Banyak ditanam di negara beriklim panas lembap.
* Kaya dengan zat galian, vitamin dan kalsium.
* Baik untuk perkembangan otak.
* Dalam perubatan - digunakan sebagai perangsang buangan air kecil, merawat gonorea, sifilis dan bengkak saluran kerongkong serta hidung.


3. Seleri

Dikatakan merawat penyakit kulit seperti jerawat, ruam, dan ekzema atau geli-gata.
* Kandungan garam galian dalam seleri bertindak menghapuskan pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah, sekali gus memulihkan sifat alkalinnya.


4. Kacang botor

Daunnya juga elok untuk nutrisi - proses pemasukan dan pengolahan makanan oleh tubuh kerana kandungan 5-7 peratus protein, selain vitamin A, vitamin C dan garam galian.
* Daunnya dimakan mentah dan sedap dibuat sayur, manakala ubinya boleh dimakan sebagai ulam mentah.


5. Asparagus

Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.
* Mengandungi elemen baik untuk kelenjar tiriod, pineal, dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.


6. Cili, cabai, atau lada

Kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin.
* Lagi tinggi kandungan capsaicin, cili semakin pedas.


7. Jering

Tumbuhan asli di negara ini
* Mengandungi protein 3.5%, lemak 0.1% , karbohidrat 1.7%, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, dan C.
* Biji jering enak dimakan sebagai ulam dengan pelbagai sos pencicah tempatan mengandungi sejenis sebatian alkoloid yang boleh memberi rangsangan membuang air besar. Tetapi biji jering juga mengandungi bahan toksid yang dikenali sebagai asid jengkolik.
* Penawar yang berkesan bagi pesakit kencing manis Kandungan sebatian alkoloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.

8. Petai

Untuk merawat penyakit hati, buah pinggang, kencing manis dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.


9. Terung pipit

Mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin
* Menghasilkan pil perancang keluarga.
* Akar terong pipit boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat meredakan sakit perut.


10. Pegaga

Dalam bidang perubatan tradisi, digunakan sebagai agen antialergi, antikanser, antidisenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea, luka, kudis, dan sakit kerongkong.


Kredit : Blog Mommy Icha


1 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. banyak ulam-ulaman. kalau mkn smua di atas, boleh awet muda. stat hari ni nk mkn sayur la. hihi.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form