Selasa, Oktober 26

Mendownload VC dari YouTube untuk dijadikan cd edutainment si kecil anda

Mengikuti perkembangan pembesaran anak-anak adalah suatu pengalaman yang sangat berharga, yang tidak dapat dinilai dan ditukar ganti, terutamanya bagi ibu-bapa muda seperti saya dan suami. Sebolehnya kita inginkan semua yang terbaik untuk anak-anak kita. Pendidikan awal anak-anak sangatlah penting dan seharusnya ditekankan sejak bayi masih dalam kandungan lagi. Sekiranya bayi masih dalam kandungan, kita boleh memberi pendidikan secara tidak langsung kepada mereka. Apabila bayi semakin membesar, kita sebolehnya ingin memberi pendedahan awal kepada anak-anak untuk menggalakkan perkembangan sel-sel otak mereka.

Salah satu cara mudah untuk meransang perkembangan sel otak bayi ialah dengan kaedah edutainment. Di mana kita mengajar sambil berhibur. Sebagai ibu-bapa yang bekerja, dan blogger terutamanya, yang memang  selalu online 24 jam, kita boleh menggunakan apa yang free di internet untuk edutainment anak-anak. Kalau nak yang terbaik, memang kita perlu melabur lebih tapi bila benda dah free di depan mata, tak salah kalau kita ambil peluang tu kan? Dapat la jugak save bajet dekat situ, buat cd edutainment sendiri.

Nak tau caranya? Mudah jer.

Mula-mula....

Pergi ke laman web YouTube. Search video klip yang anda inginkan, contohnya siri tv Barney. Kemudian copy alamat url video tersebut, (Rajah 1)


Kemudian pergi ke laman web untuk mendownload video klip tersebut iaitu di keepvid.com. Paste alamat url di YouTube ke bar url untuk mendownload di keepvid.com (Rajah 2) dan tekan 'Download'.


Tunggu beberapa saat sehinggalah beberapa link akan muncul. Pilih link yang mempunyai high quality sebelum mendownload. (Rajah 3)


Lastly, 1 window arahan untuk save fail tersebut akan terpapar. Save di lokasi yang anda senang untuk access balik (Rajah 4) Tunggu sehingga download tamat.


Ok tak? Senang kan? Apa lagi cubalah. Lepas ni tak payah la beli nursery rhyme cd lagi ek? Sebab anda dah boleh download, kumpul dan burn! Jadilah 1 cd edutainment untuk si kecil anda.


Selamat mencuba.


Catat Ulasan