Sabtu, Oktober 16

Blog Cantik Mesra Pembaca

Setiap manusia ada citarasa tersendiri.
Ada yang suka merah, ada yang suka biru.
Ada yang suka kopi, ada yang tak boleh cium bau kopi.
Memang macam-macam ragam.

Blog dan blogger pun macam tu jugak.
Ada yang guna bahasa skema, ada yang guna bahasa rojak.
Ada yang suka letak gambar, ada yang tak suka letak gambar.
Memang macam-macam style.

Kalau kita temuramah seorang demi seorang blogger.
Mungkin setiap mereka mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza.
Mengenai apa yang mereka suka dan apa yang mereka pantang bila membuat sesuatu entri.

Bukan itu sahaja.
Setiap blogger juga mungkin ada skema pemarkahan mereka sendiri bila melabel sesuatu blog.

Pada saya, blog yang 'cantik' mempunyai ciri-ciri yang berikut:

  • Penggunaan bahasa yang mudah difahami
Sudah menjadi kebiasaan orang zaman sekarang, mungkin akibat kepesatan teknologi, semuanya nak cepat, kita gemar menggunakan bahasa singkatan ataupun bahasa sms untuk berkomunikasi secara teks. Pada saya, sekiranya kita serius untuk menjadi seorang penulis, dalam konteks entri ni, menjadi seorang blogger, kita haruslah mengamalkan penggunaan bahasa yang betul. Elakkan menggunakan bahasa singkatan yang mungkin akan menyukarkan pemahaman pembaca lain ataupun menimbulkan salah faham di kalangan pembaca. Saya amat tidak gemar pabila orang menaip, 'aq' untuk menggantikan 'aku'. Apalah bezanya sangat satu 2 abjad (aq) dan satu lagi 3 abjad (aku). Susah sangat ke? Saya pun tidak faham.

  • Penggunaan dan pemilihan font yang sesuai
 Pemilihan saiz font dan juga jenis font memainkan peranan penting apabila mengedit sesuatu blog. Ini disebabkan kerana 2 perkara ini akan mempengaruhi mood pembaca apabila membaca entri di blog kita. Penggunaan saiz font yang terlalu kecil akan mengurangkan tahap kebolehbacaan pembaca terutamanya kepada mereka yang veteran ataupun mereka yang mempunyai masalah rabun. Di samping itu juga, pemilihan jenis font dekoratif juga mungkin akan mengurangkan kebolehbacaan pembaca. Pada pendapat saya, entri yang mudah dibaca menggunakan font jenis san serif.

  • Pemilihan warna font dan background yang sesuai
Warna font dan background juga menjadi perkara penting dalam menentukan kebolehbacaan yang tinggi kepada pembaca. Penggunaan warna yang terang dan background yang cerah akan menyilaukan mata pengguna. Sekiranya ini berlaku, apa yang pembaca akan buat ialah menghighlightkan entri anda untuk memudahkan pembacaan, dan sekiranya setiap kali pembaca ingin membaca entri di blog tersebut, dan setiap kali itu juga dia harus menghighlight, besar kemungkinan pembaca tersebut tidak akan berkunjung ke blog itu lagi.

  • Mempunyai sekurang-kurangnya 1 gambar sebagai hiasan entri
Sebagai penulis di blog, anda harus ingat dan prihatin kepada manusia visual. Mereka yang lebih tertarik kepada gambar-gambar. Mungkin anda seorang blogger tegar yang sering tampil dengan entri-entri yan gpanjang, tetapi manusia visual mungkin tidak tertarik untuk membaca entri anda apabila melihat sepintas lalu. Tetapi  dengan adanya 1 gambar sahaja, manusia visual akan lebih tertarik dan melekat untuk meneruskan pembacaan di blog anda. Lagipun, 1 gambar boleh mentafsirkan segala-galanya!

  • Tidak menggunakan lagu latarbelakang yang 'autoplay'
Mungkin ada beranggapan pembaca akan terus 'melekat' apabila kita mensajikan lagu sebagai halwa telinga pabila berkunjung ke blog kita. Bagi saya, tidak. Tujuan berkunjung ke blog adalah untuk membaca, bukannya mendengar lagu. Saya memang tidak gemar berkunjung ke blog yang memainkan lagu secara 'autoplay', yang kita tiada kuasa untuk mengkontrolnya. Dan jika ingin meletakkan lagu di blog, pastikan pembaca boleh mengkontrol lagu tersebut, maknanya bukan 'autoplay'! Masuk-masuk jer boleh terperanjat orang terutamanya kepada mereka yang gemar bloghopping di tengah-tengah malam.

  • Menyediakan message board untuk berkomunikasi
Message board sebenarnya tidak penting dan bukan sesuatu yang perlu tetapi alangkah baiknya tuan rumah menyediakan message board untuk pembaca meninggalkan jejak. Sekurang-kurangnya pembaca yang tidak gemar mengklik 'Comment' bolehlah meninggal jejak di message board.

  • Verification word
Oh, ini lagi satu yang saya tidak gemar, setiap kali bila hendak meninggalkan komen, kena masukkan verification word. Leceh tau. 

  • Keseragaman
Dan untuk lebih cantik dan kemas, gunakan saiz, jenis dan warna font yang seragam di keseluruhan blog. Kalau terlalu berwarna-warni macam tak matang pulak. Memang benar ianya blog peribadi, bukan rasmi, alangkan indah sedap mata memandang melihat blog yang kemas dengan entri yang dijustify.


Ini hanya pendapat saya, mungkin ada sesetengah blogger tidak bersetuju.
Tiada yang betul atau salah dalam dunia blogger dan blogsphere.
Memang tidak pernah ada format untuk membuat satu-satu blog.
Terpulanglah kepada kreativiti masing-masing.
Tapi untuk terus menarik orang supaya tertarik kepada kita, kita perlukan sesuatu x factor.


Perlu ditekankan.
Blogger yang cantik belum menjamin blog yang cantik.
Pengikut-pengikut sesuatu blog tidak menilai blog dengan paras rupa tuan rumah blog tersebut.
Tetapi entri yang dihidangkan kepada pembaca-pembacanya yang akan dinilai oleh mereka.


Kualiti lebih baik dari kuantiti!
Entri yang banyak akan meraih traffik yang tinggi.
Mungkin ada yang menggunakan faktor itu untuk mengukur tahap populariti seseorang blogger.
Anda menjadi blogger untuk apa?
Renung kembali nawaitu anda.
Untuk mengejar trafik dan populariti?
Atau sebagai koleksi jurnal peribadi?


Terpulang.....
Semuanya terletak pada kita.



Catat Ulasan