Khamis, September 23

Anak Dara Ibu

Anak dara Ibu dah membesar.
Sekarang rasa menyesal lak beli baju saiz 1T untuk dia.
Semuanya ngam-ngam.
Mesti tak lama pakai.



Baju ni sah-sah lepas ni kena pakai hari-hari. Fit jer Iman pakai tapi comel sangat baju ni.

Baju Burberry pink ni dah lama Ibu beli, masa tu bila fitting panjang lagi, bila raya, ngam-ngam dah.


Baju ni pun sama, dah lama beli. Pasni kena jadi baju harian ler gamaknya.

Semua baju Iman yang kat atas dibeli online, beli yang saiz 1 (untuk budak setahun)
Nampaknya lepas ni senang ler Ibu nak membeli, beli saiz 2T, banyak sangat.
Dulu saiz 1T jarang-jarang jugak jumpa.
Tu la bila jumpa jer Ibu terus book untuk Iman Ibu.

Masa raya hari tu ramai yang tegur Iman besar, tak macam budak 10 bulan.
Alhamdulillah.
Anak Ibu membesar bagaikan johan.
Perkembangan Iman pun ok, cepat dan membanggakan.
Sekarang dia dah boleh sebut, 'mam-mam' kalau lapar.
'Nen-nen' kalau nak susu.
Kalau Ibu cakap, 'sayang Ibu', cepat-cepat dia cium pipi Ibu.
Kadang-kadang tak payah cakap, terkejut dia tiba-tiba cium pipi Ibu.
Masa Ibu travelling ni, dalam phone Ibu cakap, 'sayang Ibu', dia cium handphone Ayah.
Kelakar pun ada jugak anak dara Ibu ni.

Rindunya.
Tak sabar nak gomol Iman balik nanti.


Catat Ulasan