Teringat ku teringat

Terbaca kisah Amni
Teringat kisah saya dan dia.
Berlaku semasa bulan pertama kami membayar ansuran rumah.
Sangatlah pokai masa tu.


Nak dijadikan cerita.
Lepas urusan di bank, masa tu dah dekat nak 10 malam.
Kami 3 beranak pun pusing-pusing sekitar Kuching.
Biasalah bila outing mesti kami makan-makan.
Masa tu memang nak berjimat sangat.
Nak tunggu pay day memang lama lagi.
Claim semua pun belom tanda nak masuk.
Makanya kami bercadang  makan jugak tapi dengan bajet RM10 sahaja.
Bayangkan RM10 makan untuk 2 orang.


Kenapa tak makan kat umah?
Lagi boleh jimat kan?
Biasalah, dah keluar tu mesti jugak nak makan luar.
Entah lah memang saya dan dia suka jalan-jalan cari makan.
Dari belum kahwin lagi.


At last kami pun pergi ke destinasi yang dituju.
Kami ke Big 4.


Sesampainya di sana, kami order teh-o-peng.
2-2 order air yang sama!
Selalunya kami jarang macam tu.
Kena order lain-lain.
So boleh rasa 2 jenis air.


Tapi bila dah darurat, 2-2 kena order air yang sama.
Dan yang paling penting, murah.
Kenapa tak order air 0 je?
Kalau order air 0 lagi la kantoi.
Sebab main-dinner kami share!
Hihi..


Masa nak order menu pulak.
Dalam keta lagi dah discuss kena share.
Planning kena betul.
Hehehe.
Menu dinner kena tengok yang paling murah dan mengenyangkan.
Dan.
Menunya ialah nasi goreng ayam.
Yeay!


Maka, makan kami suami-isteri berkongsi, bersuapan bersama.
Sib baik la orang tak ramai sangat.
Kami buat hal sendiri jer.


Sekarang ni dah remanage balik perbelanjaan bulanan.
Agak ok lah walau tak mewah.
Bila teringat kisah ni atau lalu kat Big-4, mesti kami gelak.
Kelakarnya bila mengingatkan kisah tu.


Masa tu lah, susah senang bersama.
Dan insya Allah selamanya.
Susah dan senang akan kami harungi bersama.
Amin.


6 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. hoho... sayuk ati ngenang ya sis.. hahaha.. belum lepas gik tok.. ari2 ada jak masalah lain2.. sabar jak tok... pinjaman nya belum da dengar cerita gik.. mun sem tok lepas, sem depan sik tauk la giney gik.. lalalalala.. dah kmk duak tok nang sik pandey ngato duit.. dah jadi kedak tok, berpikey panjang oleh nya.. heee... ya nya padah, "kelak abang bis blaja kitak nyusah abang benar2 k.." o la tedah.. *wink*

    ReplyDelete
  2. janji abang tunaikan. hehe sekpa.. ada hikmah nya bah. barukkita tauk. pasangan kita ya sudi sik susah senang bersama kita. tol?

    ReplyDelete
  3. betul lah, org dah kawin memang tak boleh nak pentingkan diri sendiri. kena susah senang bersama. amy ni, sanggup ke nak bersusah bersama? aiyoooo.........

    ReplyDelete
  4. itulah pengorbanan dalam rumah tangga..nk hidup bersama mcm tu lah.. :)

    ReplyDelete
  5. nang biasa terjadi. hahaha.. tp, nak kedak ya lah soh hubungan kita ngan hubby lebih rapat. sama2 susah sama2 senang.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form