Rabu, Ogos 11

Ogos Nan Indah part II

Kenapa Ogos nan indah?
Sebab bulan ni birthday Ibu.
*Senyum*
Ibu dah bertambah tua.

Weekend lepas memang indah sebab kami 3 beranak outing sehari suntuk.
Tak ke mana pun.
Jemu ke The Spring, 2 minggu ni kami dah bertukar angin ke Parkson Riverside pulak.

Malamnya pulak, masa kat umah IL adik pulak call.
Mak ajak dinner kat Topspot, the whole family.
Tak sempat balik umah, dari umah IL kami ke Topspot pulak.

Iman Madihah dikelilingi jejaka-jejaka tampan aka pakcik-pakciknya. Iman suka bila gathering macam ni.

Sangatlah manja dengan Pak Wa nya. Siap lentok-lentok badan lagi. Empuk macam tilam kot.

Wakakaka... anak puteri raja ni. Yeehaaa...

Ibu dan Ayah Iman. Muka dah exhausted, bukan sebab apa sebab melayan kerenah Iman yang pelbagai.

Dan ada choc cheese SR. My favourite nih. Nyum nyum.

Selamat hari lahir nek atok Iman. Alhamdulillah nek aji laki sempat jumpa cicitnya aka Iman Madihah.

Oh, indahnya Ogos.


Catat Ulasan