Ahad, Ogos 29

'Ditembak' di Bazaar Ramadhan Satok

First time aku pergi Bazaar Ramadhan Satok ari marek.
Seperti biasa aku nang sik berapa nak teruja bila pergi ke sine² bazaar.
Maybe faktor umur kali.
Oh, sedar dirik dah tua juak rupanya aku tok.


Marek pergi sia pun sik tauk nak beli apa juak.
Sebab ya mun nak pergi bazaar atau PaRam, aku mesti tetapkan target lok nak meli apa.
Mun sik, alu lah, window shopping makanan ajak.


Kebetulan masa pegi ke sia ada geng photograper molah photoshooting di sia.
Kebetulan juak ada juak member yang join.
Alu lah kamek orang 3 beranak kena 'tembak' juak.


 
  Kredit to Putat (http://www.kakigambar.com/)


Iman muka menjus kali beliang nangga urang rami gilak.
Dan panas jauk.
Bila amsuk lam keta, baruklah muka ada senyum.
Baruklah mulut start bisin balit.
Iman, Imann...


Namewee vs TNB




Siapa yang patut dipersalahkan?



Jumaat, Ogos 27

Perempuan Melayu Mempermainkan Zikir




Ngereco ati ku nangga video tok eh! Nang bodo rempuan ya. Gambong gilak. Mudahan kena pangkak nyaru kitak orang sia. Bodo!



Mandi Wajib

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.


Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”


Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…



Kredit to Azarudin Bocheh (dicopy-paste dari FB)

Khamis, Ogos 26

Mini shopping di booth blogger

Malam tadik seperti biasa pergi bank, bayar utang-piutang semua.
Before ya tek pergi Super Mall lok encarik susu anak kawan ku.
Nak ngepos ke KK sebab di KK sikda berisik susu ya.
Tapi sik ketemuan di Mall.


Terus lah tek ku ngajak Encik Suami aka Ayah si Iman pergi ke eMart.
Walaupun dah kira ahir juak lah time ya, tapi urang gik melobo.
Kedong tek nak urang baruk payday.
Nak encarik baju melayu Ayah Iman lah tek.
Sesambil encarik susu juak.
Sesambil juak survei-survei barang k molah kueh.
Tapi nak..
Nama jak survei tapi terbeli shawl.
Kih kih kihh...
Ada baju lom ada shawl bah, tudung ada tapi nektok kan I prefer k shawl.
Hahaha... nang ngegeh.


Nak dijadikan cerita tek.
Masa nangga-nangga shawl di sigek booth tok.
Nang up-to-date lah barang di booth ya.
Salesgirl nya chubby tapi cute gilak.
Tokey nya tek tersenyum-senyum.
Nang ada daya penarik lah booth ya tek.
Muka ada senyum mestilah manis nak?
Hehehe.


Aku tek tengah nak encoba ngator shawl rah palak.
Si adik salesgirl yang cute ya macam ikhlas jak melayan aku.
Suk lah aku mun gia koh.
Hahaha... nang dasar rempuan juak aku tok.


Tiba-tiba tauke datang...


Tauke: Kitak Mira nak?
Aku: Aok. Kitak sapa oh? (Senyum-senyum lah aku tek)


Bukan apa, ku takut juak member sekolah lamak ka, lak madah kita lawa.
Aku nang sikda idea sine ku pernah jumpa rempuan ya.


Tauke: Kitak blogger nak?
Aku: Aok.
Tauke: Hmm... kenal lah kamek.
Aku: Kitak sapa ooh?
Tauke: Kamek blogger juak. Ngegeh Babe.
Aku: Ohhhh... paduhal
(Dalam ati, sik sangka juak ada juak urang kenal ngan aku)


Kecik jak sora nya madah nickname nya tek koh. Hahaha.


Alu la tek terus nya melayan aku meli shawl di booth nya.
Kacak-kacak bah.
Tudung syria ada juak.
Kelak mun ada rasa nak beli shawl agik harus embak baju terus ke sia.
Senang nak matching-matching.
Kih kih kih...
Dasar rempuan oh...
Sib bait lah Ayah Iman seorang yang bait, understanding, gentleman, loving man.
Nya layan jak kerenah aku mun nak berbeli ya, berbeli tok.
Sayang Ayah Iman eh.


Thanks for everything, Yang!
Haih, melelat indah aku lok..


Sik sangka.
Walaupun sik rapat ngan  Ngegeh Babe, jarang komen di blog nya, tapi nya rapih.
Camya lah kita berjual, mulut sik boleh berat ooh.
Hehehehe...
Lak raya gi umah.


Kecik juak dunia blogger di Kuching tok padu....
Eh, lak mun ada blogger lain tertemu di pasar, jangan lupak negur ah.



Rabu, Ogos 25

Serikin ada roti jala kah?

Sapa suka pergi Serikin? Angkat tangan lok!


Aku eh.. sik pian nak pergi Serikin.
Bukan bunyi nak lawa, tapi tiap-tiap ari jak makei jeraya nak pergi ke Serikin.
Biuk nyawa ku.
Ada juak rasa nak pergi tapi dah ngenang ari Senin sampei Jemat dah ke Bauk.
Sikkan ari Sabtu, Minggu nak ke Bauk agik.


Entri tok bukan berkaitan Serikin.
Tapi berkaitan tempat kerja aku yang jauh dari tempat manusia bersosial.
Boring aih.
Mun ari Jemat sik dapat nak ngerayo sine-sine.
Mun keja di area Kuching ajak, dah jak panjang kaki.
Duit pun kempis juak alu.


Bila time macam tok, ngenang lah tek nak berbeli barang di India Street.
Nak meli perkakas pakei molah kueh.
Mun keja di Kuching nak kah dapat nyelepat mun sikda kelas.
Mun di sitok, mun nak nyelepat ya terus ngular balit umah lah jawabnya.
Nak pergi ari Sabtu, Minggu, kompom manusia bersesakan di sia.


Aku terasa ingin jak nak molah roti jala.
Tapi sikda berisik cuan pakei molahnya.
Mun dapat nyelepat sine-sine nak kah best.
Polah kari ayam, polah roti jala, nak kah nyums.
Walaupun aku sik pernah molah, tapi aku kompiden senang jak molah nya.


Di Serikin ada ka cuan lubang-lubang pakei molah roti jala?
Edeh, kedong Serikin tek bukak ari urang bekerja time tok.


Sian ngan dirik pun eh.
Sampei tua kah aku di sitok?



Kempen 1 Blog 1 Bendera

Salam Kemerdekaan, Salam 1 Malaysia


Walaupun sambutan merdeka tak berapa nak meriah, tapi marilah kita memeriahkan blog kita dengan Jalur Gemilang.




Selasa, Ogos 24

Kursus Pendek Dekorasi Cupcake

Sabtu ya tek ada kursus pendek dekorasi cupcake di Kolej.
Saya jadi assistant jak, sik konfiden nak ngajar urang molah kueh koh.
Mok nangga cara sidak chef dolok.
Hehehe.
Tapi tenaga pengajar masih juak di kalangan kamek orang di Kolej dirik pun.
So sesapa yang berminat bolehlah daftar.

Post jak komen.

Tok majoriti student yang jadi peserta.

Cupcake sebelum dimasuk lam oven.

Cupcake yang dah diengkah 'base'.. tunggu masa nak deco gik.

Peserta laki pun terer juak mendeco.

Hasil kerja sidak student. Kek di tengah ya hasil kerja saya dan kawan saya.



Sheperd Pie Ibu Iman

Sheperd pie ni kalo rajin googling banyak sangat versi kat net.
Saya first time buat pun googling resepi dari net.
Lepas tu pandai-pandai ler modified sendiri.
Kreativiti dan inovasi itu penting dalam memasak.


Sheperd pie sangat sedap bagi penggemar kentang.
Harus cuba kalo yang antu cheese tu.
Cheese sebenarnya saya yang tambah sendiri.
Sebab first sheperd pie yang saya makan di umah sepupu takde letak cheese.


Resepi Sheperd Pie


Untuk base

Daging cincang
1 tin mushroom cream soup
Mix vege 
Sosej (dipotong)
Bawang besar (potong dadu untuk menumis)
Sedikit garam/ajinomoto


Cara membuatnya:


Tumis bawang besar sehingga wangi.
Masukkan daging cincang.
Kacau sehingga masak
Masukkan mushroom soup, mix vege dan garam.


Base yang sangat basic. Takde sosej, takde mix vege, sebab bahan tu takde kat umah.


Untuk topping:


Kentang (direbus dan dilenyek)
1 kotak susu segar
Serbuk lada hitam
Sedikit garam


Cara membuatnya:


Kentang dilenyek dan dicampur susu segar, garam, lada hitam.


Lenyek sampai jadi mashed potato.


Kemudian, sediakan aluminium tray untuk dibakar dalam oven.


Kalo pakai yang disposal tray, lagi senang. Hehehe.


Bahan base tadi dipenuhkan di dalam tray
Selepas tu, penuhkan pula dengan topping (mashed potato) tadi dan ratakan.
Kalau nak, parut mozarella cheese di atas sheperd pie tadi.


Dah diparut dengan cheese.


Bakar dalam oven sehingga cheese kekuning-kuningan.
Dah siap pun untuk dimakan.


Senang kan? Mengenyangkan pulak tu. Apalagi.. cuba lah.




Isnin, Ogos 23

Buffet Ramadhan bersama Iman

Bukannya selalu dapat sungkei secara buffet.
Di hotel gik ya.
Tahun 2007, macam-macam ada di Grand Margharita (masa ya masih Holiday Inn)
Pasya 2008 sikda, nak nikah time ya, save bajet.
Tahun 2009 pun sikda, tengah sarat gilak.
So tahun tok 2010, embak Iman sekali di HV jak.


Jangan sik encerik, kata urang.
Hahaha.


Seperti biasa, Iman sungkei dolok baruklah Ayah ngan Ibu dapat sungkei.


Manas pabila lambat disapik


Cheh.. mulut amor, kantoi


Apa tok oh?


Nyaman juak duhal eh.


Best juak camtok.


Alus juak benda tok, susah nak makan.


Hey!


Lekat kat tangan indah. Isk..


Dah kenyang, mok balit dah.


Kepak embak Iman jalan nektok eh.
Sik larat rasa Ibu nak embak Iman.
Mun time nya dah boring lam stroller, rasa nak patah pinggang.
Mun masa nya sik mok ngan Ayah, hancor lah Ibu.


Tapi Iman dah makin lebeh.
Mun urang bertelipon depan nya, ada nya gago juak ngambik barang dekat nya.
Engkah rah telinga.
Bertelepon juak lah tek konon.


Eeei.. geram Ibu eh!


Jumaat, Ogos 20

Mozilla vs MIE

Entah lah kenak aku nang sik berapa berkenan ngan MIE.
Pagi tok baru jak on lappy, Mozilla ku molah hal.
Dah la nang sikda mood nak kerja ri tok.
Ngembak ati ngereco, terus ku uninstall browser Mozilla ya.
Dah ya apa pakei aku nak surfing?
Sikkan makei MIE?
Tidaakkk...


Tok tengah makei MIE lah tok, ngok li jak rasa nya.
Sik best.
Lombot

Tengah download Mozilla Firefox 3.6.8 tok
Sabaarrr laaa...
Isk..


Rabu, Ogos 18

Mana bilik maok cabut dada?

Di sebuah klinik kesihatan kerajaan.


Pesakit: Incik, mana bilik maok cabut dada?

Pekerja: (molah muka blur)

Pesakit: Cabut dada... (sambil cubit-cubit lengannya)

Pekerja: Oh... mok ambik darah.... nun di bilit nun... kat lab.. 

(Perey)


Kredit to Encik Suami (seperti yang diceritakan kepada tuan blog)



Selasa, Ogos 17

Mengamboran

Aku sebenarnya ada sedikit perangei pelik.
Tapi aku rasa tok normal lah.
Sebab rasanya mesti rami juak di antara kitak orang yang berperangei camtok.


Bila tengah molah kerja, aku suka nyuruh meja ku mengambor.
Makin mengambor, makin semangat molah kerja.
Retinya banyak kerjalah ya.
Hahahaha.



Menar sik?
Ada sik kitak orang macam ya?


Dan bila semua kerja dah setel barulah semangat nak ngemas meja balit.
Tapi walau segago ne pun, mun nak balit, meja mesti clear.
Mun sik clear lak pagi sok turun kerja alu bingong nangga meja mengambor.
Lom stat kerja gik dah bingong, bahaya juak ya.
Lak alu down, sekda mood nak molah kerja.


Dan.
Perangei yang sik bagus sejak zaman pregnant dolok.
Aku suka save semua kerja ku di desktop.
Apa tek senang nak bercarik.
Biasalah dolok masa pregnant, jadi pelupak.
Sikmok engkah lam C, lam D sikmok juak, apatah gik E, F, G.
Engkah jak rah desktop, on jak laptop terus nangga nama fail.
Sik lah lupak.


Bila dah siap, dah print.
Baruklah ditransfer ke external.


Dan.
Sampei kinek tok benda ya alu jadi habit.
Fail yang selalu diaccess, mesti engkah di desktop.
Nasib bait la desktop icon ya dapat dihide.
Mun sik, nang mengamburan!


Kitak orang camne?



Isnin, Ogos 16

Haih.. ingga ku koh

Aok, nang menar. Tok bulan posa. Mesti kurangkan ngumpat, nganok, buruk sangka, dan yang lain yang sewaktu dengannya. Mun sik, tebik posa. Rugi wooo...


Tapi, aku perlu luahkan dalam bentuk perkataan juak. Mun sik, nak terbeluwek nyawa ku ingga. 


Sedar sik sedar 1 ari bulan 8 tek duhal 3 tahun dah aku jadi ahli keluarga KK. Dah 3 tahun juak rupanya aku ngajar. Dah 6 semester miak dah ku ajar.1st batch yang ku ajar pun dah grad bulan 4 ya tek. Sik sangka.


Walaupun aku dah 3 tahun kerja ngan KK tapi ku rasa experience ku masih lom cukup banyak. Aku lom dapat erti kepuasan bekerja sebenar. Kerja nektok nang ada kepuasan tapi lom ke tahap yang dapat membanggakan ku dirik pun. Paham? Sik paham? Aku sorang jak lah paham.


Bukan aku nak loba, lawa kedirik, tapi rami staff baru nektok ku rasa nang lawa. Diassign kerja sikit, sik maok, nulak, ngerepak. Mun zaman mek orang dolok, apa jak diberik senior, ambik. Polah. Cabaran bah. Haih.. ingga ku ngan miak nek tok. Boleh sebab sik suka ngan miak alu sikmok ngajar subjek ya. Boleh kah camya? Profesional kah gia? Haihh... ingga ku koh.


Ya lah tek koh. Kotan senang gilak dapat kerja kali. Baruk abis belajar alu dapat offer di KK. Senang idup kitak orang oh. Mun aku dolok, macam² kerja jak dah dipolah ku baruk lah dapat tetap. Ya pun nunggu setahun juak baruk dilantik. Pasya nunggu pengesahan gik, mok berintebiu. Isk... haruslah geng mek orang menghargai apa yang mek orang ada ari tok. 


Ada juak yang kali murah gilak rezeki, kerja tek salu ngagak nya, senang nak berejecy ya reject tok, lalu di opis bila dah kerja sik perlu lah belajar prosedur dari senior oh. Ego ka bodoh sombong? Aku DH41 juak sik juak ku nak malu nak belajar dari sidak yang rendah dari aku. Mun sidak yang 41 ke dibah ya ada banyak experience sikda salah mun kita belajar ngan daknya nak? Apa nak dimalu.


Heran ku eh. Bukan nak madah aku bagus tapi aku sedar rami yang dah lupak tanggungjawab nektok. TANGGUNGJAWAB. Sikpa lah, mungkin kepuasan bekerja sidak bila 25hb ajak. Bila dapat gaji. Tapi aku maok lebih dari ya!


Last week ada ex-student datang madah sidak dah further study. Alhamdulillah, jadi juak duhal miak yang diajar ku. Walau aku tok mudak, masih lom banyak experience tapi ya lah tek, jadi orang juak sidaknya.


Ada juak terselit rasa bangga sikit. Walau ku tauk ya bukanlah usaha aku sepenuhnya. Tapi yang penting, jadi juak urang.


Dah. Ku rasa cukup lah takat tok ajak.



Kenangan Mengusik Jiwa

Chewah...
Tak pernah saya nak buat tajuk segempak nih.
Padahal tak gempak pon.


Hari ini hari Isnin.


Biasalah ari Isnin macam ni, teringat jer lebih.
Teringat kat Encik Suami, teringat kat Cik Iman.
Maklum takde kelas, free. 


Sesambil tu tengok gambar dulu-dulu.
Masa belum kahwin dulu.
Masa Encik Suami belum berapa nak membesar badannya.
Hehehehe.


Dulu masa baru-baru kenal, kami selalu lepak di Taman Sahabat.
Sembang-sembang kat situ.
Jalan-jalan, tengok ikan.
Sebab tu lah bila photographer tanya nak buat photoshoot kat mana.
Kami serentak memilih Taman Sahabat!



Di hari persandingan ku. Ahaks.
Di Taman Sahabat.
Sekarang dah jarang pergi ke sana.
Tunggu Iman pandai jalan lah baru best sikit.



Ini pulak Iman Madihah, gambar fresh dari OT ni.
Rindunya Iman Madihah masa ni.


Jap lagi ada taklimat untuk pilihanraya kampus.
Takleh nak teringat lagi dah.
Daaa....


Saya suka Isnin

Hari Isnin saya takde kelas.
Semester ni kalau nak apply cuti rehat pada hari Isnin, should be no problem!
Sebab tu lah sekarang saya suka hari Isnin.

Semalam pergi jalan-jalan tanpa tujuan.
Seperti biasa, Iman Madihah insan yang paling happy sekali.


Masuk jer dalam kereta, terus mengantuk.
Sebelum tertidur kena snap gambar dulu dengan Ibu yer.
Tengok tu Baby Bite sentiasa ada di tangan.
Iman kantoi tak puasa.
Hi hi hi...


Ahad, Ogos 15

Sticker untuk mengingati pembelian aset

Dolok masa mek orang adik beradik kecik², mun mak ngan bapak ada beli barang baru, mesti bapak akan polah sticker yang ada "MFBN/tarikh barang dibeli" kat barang ya. Sticker ya bukan macam sticker yang mcam kat Wisma Hopoh ya, lain! Sticker ya boleh kita polah dirik pun. Macam tok rupanya.



Hampir setiap barang mek orang seperti walker, uyut, mainan mesti bersticker tok. Even barang-barang umah pun dilekat ngan sticker cam atas ya.

Tapi nektok sekda gik makei sticker ya. Bapak madah sticker ya siktauk sine nak beli ataupun sikda nemu kedei berjual ya agik. Nektok bapak pun dah beralih makei sticker yang di Hopoh ya. Tapi sik bertarikh agik la barang nya, cuma ada "MFBN & alamat umah jak". So mun urang nak berpinjam kipas angin ka, oven ka, apa ka barang umah, senang la nak detect. Nangga sticker ya dah tauk mek orang pun.

Iman Madihah, anak sulung, cucu sulung, of course banyak beli barang baru ngan nya. So far sikda 'bertanda' cam barang mek orang gik kecik dolok. Yang paling best bersticker ya kita dapat ingat umur barang ya sebab nya bertarikh. Barang² Iman? Tedah nya, Ibu lupak jak nak molah sticker kat Hopoh ya ngan nya. Mostly barang nya dibeli tahun 2009 tek, masa nya lom lahir ya, ada yang masa umur nya sebulan (macam stroller). So nak ngingat nektok dengan gambar ngn blog jak lah. Ada gambar masa 1st time Iman outing akan mengingatkan Ibu masa stroller dibeli di Anakku The Spring. Hmmm...

Tok baby chair Iman, dibeli 7 Ogos 2010 sebab ngenang bulan posa semua urang sungkei, sikda urang nak jaganya. Dibeli di Parkson Riverside.

Car seat Iman dibeli di Upwell Kubah Ria. Beli ujung bulan 7 kali before birthday Ibu. Sik ingat tarikhnya. Mok nangga lam FB coz yang diingat pas beli terus upload kat FB gambar nya 1st time duduk dalam car seat.

So kinek tok cara nak ngingat bila aset² Iman dibeli  ialah dengan nangga gambar rah FB atau kat blog jak lah. Kat blog pun jarang juak nak update pasal barang² yang dibeli untuk Iman.

Kitak orang ada cara lain kah nak ngingat/key-in aset² yang kitak orang beli? Kira macam molah surat beranak la pakei aset ya. Macam salu dipolah di opis eh! Haha..



Jumaat, Ogos 13

Teringat ku teringat

Terbaca kisah Amni
Teringat kisah saya dan dia.
Berlaku semasa bulan pertama kami membayar ansuran rumah.
Sangatlah pokai masa tu.


Nak dijadikan cerita.
Lepas urusan di bank, masa tu dah dekat nak 10 malam.
Kami 3 beranak pun pusing-pusing sekitar Kuching.
Biasalah bila outing mesti kami makan-makan.
Masa tu memang nak berjimat sangat.
Nak tunggu pay day memang lama lagi.
Claim semua pun belom tanda nak masuk.
Makanya kami bercadang  makan jugak tapi dengan bajet RM10 sahaja.
Bayangkan RM10 makan untuk 2 orang.


Kenapa tak makan kat umah?
Lagi boleh jimat kan?
Biasalah, dah keluar tu mesti jugak nak makan luar.
Entah lah memang saya dan dia suka jalan-jalan cari makan.
Dari belum kahwin lagi.


At last kami pun pergi ke destinasi yang dituju.
Kami ke Big 4.


Sesampainya di sana, kami order teh-o-peng.
2-2 order air yang sama!
Selalunya kami jarang macam tu.
Kena order lain-lain.
So boleh rasa 2 jenis air.


Tapi bila dah darurat, 2-2 kena order air yang sama.
Dan yang paling penting, murah.
Kenapa tak order air 0 je?
Kalau order air 0 lagi la kantoi.
Sebab main-dinner kami share!
Hihi..


Masa nak order menu pulak.
Dalam keta lagi dah discuss kena share.
Planning kena betul.
Hehehe.
Menu dinner kena tengok yang paling murah dan mengenyangkan.
Dan.
Menunya ialah nasi goreng ayam.
Yeay!


Maka, makan kami suami-isteri berkongsi, bersuapan bersama.
Sib baik la orang tak ramai sangat.
Kami buat hal sendiri jer.


Sekarang ni dah remanage balik perbelanjaan bulanan.
Agak ok lah walau tak mewah.
Bila teringat kisah ni atau lalu kat Big-4, mesti kami gelak.
Kelakarnya bila mengingatkan kisah tu.


Masa tu lah, susah senang bersama.
Dan insya Allah selamanya.
Susah dan senang akan kami harungi bersama.
Amin.


Khamis, Ogos 12

Harapan Ramadhan

Sekarang dah setengah tahun 2010.
Hampir 2 tahun kami dah hidup bersama.
Bagi yang dah follow blog ni dari dulu lagi mungkin tahu.
Atau ingat.
Dulu selepas kahwin saya pernah dapat penyakit misteri.
Dan sebenarnya penyakit tu tak pernah pun sembuh sepenuhnya.
Sampai sekarang.

Susah nak cakap.
Dari segi kesihatan dan perubatan.
Saya dulu mengidap Pompholyx
Mereka cakap saya allergik.
Ada yang cakap infection.

Ok, fine.

Kalau alergik, sekarang memang saya jaga makan.
Saya cuma makan ikan dan sayur jer sekarang.

Kalau infection, tapi sampai sekarang tak sembuh?
Banyaknya hama dan bakteria kat umah?

Itu lah saya hanya berserah.
Kekadang saya rasa malas dah nak berubat.
Rasa nak biar jer.
Biar, biar, biar.
Saya dah give up.
Saya dah malas nak makan pil.
Malas nak sapu krim.
Malas semuanya

Harapan Ramadhan.
Saya nak memperbanyakkan amal.
Mudahan penyakit saya disembuhkan.
Buku tu dah lama saya beli.
Tapi tak pernah nak mengamalkannya.

Sebab tu lah kekadang saya sedih mengenangkan nasib sendiri.
Memang saya gembira tapi jauh di sudut hati tak siapa yang tahu.
Betapa tersiksanya saya.
Saya sedih.


Jalan-jalan di PaRam

Semalam jalan-jalan di PaRam bawak Iman Madihah.
Biasalah Iman, bila orang ramai dia pun buat muka blur, serius dan garang.
Dan Iman ni sangatlah suka memerhati orang.
Memang observer sungguh!

Semalam jalan-jalan bukan nak beli apa pun.
Saje jer nak jalan, tengok PaRam depan umah ramai giler.
Nak masuk lorong ke umah pun jem.
Biasalah 1st day.

Tahun ni berpuasa dengan Iman Madihah.
Orang berbuka dia pun berbuka.
Bagi apam senyum, tapi dia tengok jer.
Semua gelakkan dia.
Mungkin dia blur, apam senyum tu untuk dimakan ke tak.
Tu lah asik dengan Baby Bite jer.
Last-last dia cubit-cubit dan buang.
Sikit jer masuk dalam mulut.

Kita tengok pulak apa ragam Iman hari ni.

Hari ni nak beli lauk apa ek?
Hari kerja camni tak sempat la nak masak.
Weekend ni la Ibu masak sedap-sedap.
Hmmm.... kena fikir awal nih nak masak apa.
Sok Jumaat, lusa Sabtu, weekend!

Bagi yang suka mengunjungi PaRam tu, Ibu Iman ada sedikit tips.
Sila lah klik Tips membeli-belah di PaRam


Rabu, Ogos 11

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Selamat berpuasa kepada semua blogger dan silent reader blog Ibu Iman.
Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih bermakna buat kita semua.
Insya Allah.