Jumaat, Julai 9

Give Away I Love You


Saya suka Iman Madihah posing macam ni.
Comel, macam ulat rimau yang kesejukan.
Gambar ni diambil minggu lepas, masa saya dan famili check-in di Damai Beach Resort.
Kiranya first time Iman jalan-jalan.
Masa masuk hotel pun matanya meliar tengok kiri-kanan.
Semua muka orang diperhati seorang demi seorang.
Agaknya dia ingat tempat lain, orang pun lain jugak.
Cerdik anak Ibu ni, semakin peka dengan perubahan sekeliling.
I Love You, Iman Madihah.


Sebenarnya gambar Iman Madihah jadi ulat rimau tu adalah untuk Give Away I Love You
Anjuran blog Umi Dania Yasmine.
Kalau nak join, silalah klik di SINI ye.
Jom la kita meramaikan kenalan blogger.
Kalau termenang, dah nasib baik dah tu.
Hadiahnya, watermark pulak tu.
Best tu.



Catat Ulasan