Isnin, Julai 12

ESQ165 haram?

Bagi yang pernah membeli dan membaca Mingguan Wanita, kolum ESQ bukanlah satu yang asing bagi anda. Tapi, baru² ni isu ESQ menjadi 1 topik panas pulak di media. Benar ke ESQ haram? Kenapa? 

Saya cuma membaca dan belum pernah menjalani latihan ESQ. Bagi saya, benda² yang melibatkan spritual macam ni takkan terlalu mudah untuk mempengaruhi kita sehingga menyeleweng dan memesongkan akidah. Setiap manusia dikurniakan akal untuk memikirkan seuatu yang baik atau buruk, sama ada boleh diterima akal ataupun tak. Dan yang menjadi tunjang kepada semua tu, mestilah IMAN. Kekuatan iman itu adalah asas untuk kita menilai sama ada sesuatu tu menyalahi hukum Allah ataupun tak. Lain-lain, tepuk dada, nilaikanlah iman anda.

Itu hanya pendapat saya. 

Masih tak tahu apa it ESQ? Sila layari laman web ESQ di SINI atau di SINI.


Catat Ulasan