Rabu, Julai 21

Dilemma Ibu Bekerja

Adik Ibu dah report duty minggu lepas.
So dah takde orang nak jaga Iman sekarang.
Iman sekarang dok umah nenek Ibu, merangkap moyang kepada Iman.
Dulunya ada sepupu Ibu, merangkap makcik Iman yang babysit Iman.
Tapi makcik Iman tu pun dah kerja.
Risau sekarang nak letak Iman kat mana.
Bukan taknak letak Iman umah Nek Atuk.
Tapi ye la Nenek Ibu dah tua, dah lemah.
Iman pulak lasak semacam, kus semangat pulak tu nak dukung.
Mana la larat orang tua tu nak jaga.
Atok ada jugak nak tolong tapi ye la orang lelaki tak biasa nak jaga budak.
Tambahan lagi dah lama tak jaga baby.
 
Iman dan Nek Atok (moyang)

Dilemma, dilemma.

Nak hantar umah mertua, boleh, dekat je.
Tapi masalahnya kalo nak ke umah mertua awal pagi, jem!
Bayangkan nak pergi jem, nak balik dari sana pun jem.
Mun sesapa yang familiar ngan area Sukma ke Bandar Baru, nang tauk lah.
So bayangkan kol bapa nak gerak dari Sukma dan nak turun balit ke Kuching?
Nak punch before  8 pagi!

Dekat umah ada nursery.
Tapi tak pernah dalam sejarah keluarga kami ditinggalkan di nursery.
Alahai kesiannya Iman Madihah.

Pilihan lain?
Nak cuba tanya jiran.
Manalah tau ada yang free tu nak jaga budak.

Risau ni, kesian Iman Madihah Ibu.



Catat Ulasan