Berkarok di K-Box... bagus ke?

Ditakdirkan saya telah bertemu jodoh dengan Encik Suami yang berbakat menyanyi.
First time dengar dia karaoke (K-Box jer) saya terus cair.
Saya ingat lagi masa tu dia nyanyi lagu Broery - Biarkan Bulan Bicara
Saya suka bangat. Bangat. Bangat.
Sedap. (Bagi saya la, taktau pulak orang lain)
Sejak itu saya terus register Kipas-Susah-Mati kepada suami sendiri.
Dan sejak kenal dia lah saya mula kenal apa itu K-Box.

Sebenarnya kan, karaoke ni bagus.
Kenapa saya kata bagus?

  • Bila menyanyi, kita MESTI membuang semua perasaan malu dan segan, Kalau malu, macam mana nak nyanyi? Nak nyanyi, suara mesti keluar. Teriak.
  • Melatih kita untuk mengeluarkan sesuatu perkataan mengikut intonasi yang betul. Di sini advantage untuk kemahiran komunikasi seharian kita.
  • Belajar mengawal pernafasan.
  • Mengurangkan stress. Kalau rasa stress, pergilah pergi ke K-Box untuk menjerit, oops, sebaiknya menyanyi lah ye.
  • Boleh berlatih untuk public speaking, bagaimana nak memegang mic, mengawal kenyaringan/kelantangan suara dengan memanipulasi penggunaan mic yang betul.

Kesimpulannya.
Karaoke melatih kita untuk membina keyakinan diri.
Ya. Build our self-confidence.
 Kalau dah biasa pegang mic kat K-Box, bila ada public speaking takde la terketar-ketar pegang mic kat depan orang ramai.

Dulu saya pernah mengikuti ToT untuk menjadi fasilitator.
Dan kami memang digalakkan untuk berkaraoke supaya lebih confident bila berhadapan dengan peserta.
Sampaikan di ofis pun ada disediakan set karaoke.

Lamanya dah tak karaoke ni.
Gian jugak rasanya.

Sebelum nak menjerit kat dalam K-box tu, kena la bayar dulu. RM10 untuk 10 lagu. Ok ke?

Lepas tu, nak teriak, teriak lah. Tengoklah kami yang begitu feel menyanyi. Ni semasa saya baru mengandungkan Iman Madihah. Masa mengandung terus tak masuk K-Box lagi dah.




4 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. hahaha... dolok masa zain embak kmk pegi k-box, kmk sik dpt nyanyi... mala jak tetak leput-leput nangga and dengar nya berlagu... entah kenak... lucu jak nangga nya penuh feeling... :)) mala jak zain self-conscious, tanyak soranya jaik kah? hehe... :)) kmk masih malu-malu mok berlagu... dalam jamban jak or bila sorang-sorang di rumah, hehe... ;p

    p/s: pa kipas-susah-mati, kak ira? eh, wait a minute... i suddenly got it... die hard fan... hahahahaha... :)) brilliant one! ;))

    ReplyDelete
  2. karok bagus utk kita, ina.. kita tok kn cikgu... mst practise melantangkan suara... hahahaha...

    biasalah ya mula2 nang tetak.. coba jka bila kitak dh suk, xda ktk lalek gik urg netak ktk... hahahaha

    haiyaaa... kipas-susah-mati pn cikgu tidak tau ka? hahahahaa

    ReplyDelete
  3. amy pun dah lama tak berkaraoke ni. hehehehe....

    ReplyDelete
  4. Sis, sorryyyyyy..... kmk baruk baca komen kitak dalam blog. Kmk balit Kuching memang sik sempat mok tengok blog pun... huhu.... Btw, thanks tag ya, n thanks award walaupun x sempat tengok gik tok.... *wink*

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form