Khamis, Jun 17

Bebel dan bebel

Biasalah, time-time macam ni FB dah kena block, so ni lah masanya nak update blog. Sib baik ler saya memang dah ada blog, ada la jugak kerja sampingan yang nak dibuat masa cuti-cuti macam ni. Hehehehe.

Iman sekarang kan dah 7 bulan plus-plus. Mulutnya pun dah semakin bising. Asyik nak membebel ataupun 'ngerepak' kalo bahse Serawaknya. Hari tu sebelum saya out-station ke Sungai Petani, Iman kena sore throat. Kesian dia, hilang suara sekejap. Sunyi ler jugak. Dia tak 'membebel' kecuali nangis jer sikit-sikit. Nangis pun suara serak sangat-sangat. Sib baik pas pegi klinik suara dia pun kembali pulih lepas on antibiotic.

Kebolehan Iman Madihah yang terbaru, baru semalam ditemui oleh ayahanda saya. Hehehe. Bila atok dia panggil, "Miraaaaa...", serta-merta Iman menoleh. Ayahanda saya pun terkejut la. Try lagi panggil, "Nizammmmmm...", Iman pun menoleh jugak. How sweet la anak Ibu dah tau nama ayah dan ibunya. So bila saya balik kerja petang semalam, saya bagi salam. So Ayahanda pun try lagi panggil, "Miraaaaa...", spontan Iman pun pandang atoknya dan terus tertoleh-toleh seolah-olah mencari dari mana arahnya bunyi suara Ibu. Hehehehe.

Iman.. Iman... semakin kiut plak ragamnya. Semakin Ibu sayang.

Iman dan Ibu serba kuning.

Ayah dan Ibu pun serba kuning.

Iman try anak tudung syria Ibu. Hehehe.


post signature
Catat Ulasan