Selasa, Jun 29

8 bulan dah rupanya...

Hari ini dan semalam saya bercuti.
Orang lain semua dok cuti panjang.
Saya? Cuti 2 hari jer.
Nak save cuti untuk hujung tahun konon.
Baki cuti rehat sekarang ada 21 hari lagi.

Besok 30hb Iman Madihah genap 8 bulan.
Seronok melayan Iman Madihah sekarang.
Dia dah pandai salam.
Pandai bye-bye.
Pandai mengajuk orang batuk.
Pandai duduk.
Pandai meminta-minta bila tengok orang makan.
Pandai kecik-kecikkan mata.
Pandai tepuk tangan Ibu bila Ibu nyanyi pok amai-amai.
Pandai memilih orang yang dia suka.
Dan pandai menyuap Ibu!

Iman, Ibu mintak sikit.

Nah Ibu, Iman suapkan.

Thank you Iman. Sekarang Ibu pulak suapkan Iman minum air ye.

Alhamdulillah. Iman dah kenyang dah Ibu. Thank you Ibu.

Indahnya perasaan seorang Ibu.
Tatkala melihat anak membesar di depan mata.
Mudah-mudahan Iman Madihah senang dibentuk.
Dan menjadi semakin cerdik.
Amin.


Catat Ulasan