Selasa, Mei 4

6 purnama

Anak Ibu dah setengah tahun dah 30 April hari tu. Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik, tak sangka anak Ibu semakin membesar. Dah boleh makan pun. Nanti apa yang Ibu makan pun Iman nak kan? Hehehe.

 Lagak pun dah macam orang besar. Dalam kereta tak suka duduk, kena berdiri jer, nak tengok jalan kat depan. Isk..

Hobi sekarang ni suka menghisap jari.

Muka risau dan mengong. Entah apa entah yang Iman tengah fikirkan tu. Gambar-gambar ni diambil masa kenduri kawen ari Ahad tu.

 
 Pas balik kenduri pergi birthday party plak. Weekend jer penuh ler jadual anak Ibu ni. Hehehe.

Iman bersama Faiz Hakimi, si birthday boy.
Wajah nakal si comel Ibu ni. Pasni anak Ibu lak sambut birthday. Orang lain birthday Iman ni plak sibuk nak bergambar. Tapi Iman ni memang pantang nengok henfon atau kamera. Suka la tu. Leh statik lagi kalo orang tunjuk henfon depan muka dia. Hehehe.

post signature
Catat Ulasan