Kempen Kami Prihatin

Sekiranya anda rasa anda seorang blogger yang prihatin, tampal banner ni kat sidebar blog masing-masing. Jemput kawan-kawan anda untuk turut serta dalam kempen ini.... 

Sayangilah Anak-Anak Kita.

 

MATLAMAT KEMPEN:

MENINGKATKAN KESEDARAN ORANG RAMAI TENTANG GEJALA PENDERAAN KANAK-KANAK DAN PEMBUANGAN BAYI......

Lagu Tema Kempen: Harapan Tanpa Suara 

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu : S. Atan
Lirik : Habsah Hassan

Untuk Klip Video Klik SINI.

Semoga usaha kita sedikit sebanyak dapat selamatkan mereka yang tidak berdosa. Berikanlah mereka peluang yang sama seperti apa yang pernah kita dapat dari orang tua kita......  

Jom Banteras Penderaan dan Pembuangan Bayi

Maklumat lanjut kempen, Klik SINI

Info Penting:
Untuk join kempen ini, memadai anda menggantung banner di atas di sidebar blog masing-masing dan tinggalkan komen tanda sokongan anda di SINI. Sekiranya berminat untuk copy paste keseluruhan n3 ini, usaha anda amatlah dihargai.

Thanks in Advance.


post signature

1 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. tak sanggup nak tgk video klip tu...gila sedih menangis tersedu-sedu :D amek banner je :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form