Projek

Hujung minggu ni ada sepupu bertunang. Plannya nak bagi fondant cupcake sebagai hantaran. What say you? Hehehe.
Ini ialah hasil cubaan pertama saya membuat cupcakes selepas belajar tak sampai setengah hari dengan pakar cupcakes.
Seronok sebenarnya buat cupcakes ni. Macam main masak-masak jer. Main dengan kaler. Tapi kreativiti tu mau ada maa. Dan juga, kemahuan dan ongkosnya. Hehehe.

Bila dah ada kemahuan tu, pasti hasilnya pun akan mendatangkan kepuasan kepada diri kita sendiri. Seronoknya bila budak-budak berebut-rebut nak pilih cupcakes air tangan kita.

Saya tak makan pun bila dah didecorate dengan buttercream yang kalerful. Kalau saya nak makan, saya makan yang fresh from the oven. Yang hitam berkilat macam ni.

 Hmm.. baunya pun dah tak tahan. Rasa macam lalu kat Famos Amos pun ye. Yo yo oo je kan. Hihi. Dan hasil cupcakes kedua saya pula theme merah + putih. Saya tak berniat pun nak buat bisnes tapi kawan yang nak beli, so saya buat untuk dijual. Tak confident lagi dengan hasil tangan sendiri. Orang lain buat lagi lawa.

Pencahayaan kurang menarik menyebabkan kaler cupcakes tidak menyerlah. Atau memang tak cantik pun? Hehehe. Gambar 2 yang last ni tangkap pakai henpon jer. Yang gambar atas tuh semua DSLR. Beza tak beza kualitinya.

Member yang bernama Ema order 10 set tapi saya bagi 2 free so cukup 1 dozen. Lepas tu adik Ema pulak nak order tapi saya plak tak dapat buat sebab pergi kursus BTN dan lepas tu terus sibuk dengan kenduri-kendara. Harus saya tolak rezeki. Hmm..

Hujung minggu ni insya Allah projek fondant pulak. Wish me luck...!



post signature

2 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. macam ne polah cup-cakes, oh, kak ira? geram kmk nangga design yg kacak-kacak ya... hehe... :)

    ReplyDelete
  2. cucake jak senang... decoration nya ya mok rajin sikit.. hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form