Selasa, Januari 5

Kerja pun bermula..

Semalam Ibu Iman dapat email jemputan mesyuarat di Pasir Gudang, Johor. Lepas tu Ibu Iman terus cek di pigeon hole manalah tau faks telah diterima dan surat telah diminitkan. Harap-harap Big Boss tak kasi pergi memandangkan duit dah abis, hujung tahun, dah tutup akaun ler katakan. Risau la kalo terpaksa meninggalkan Iman. Sedih.

Hari ni. Colleague gitau surat dah diminitkan dan Ibu Iman akan pergi ke mesyuarat tersebut bersama-sama Big Boss. Glurp. Iman! Itu jer yang terlintas di fikiran Ibu.

Ibu Iman pun pergi jumpa cik puan yang menempah tiket flight. Ibu nak pergi pagi dan balik malam tu jugak. Tapi...

Cik puan si pengebook tiket: Kitak gi ari Khamis balit ari Sabtu

Ibu Iman: Aih, sikpat ka balit ari?

Cik puan si pengebook tiket: Sekda flight. Sehari sigek flight jak. Makei MAS. Mun kitak maok, abis meeting kol 5 ya kitak gi KL ambik flight dari KL.

Ibu Iman: Isk.. menyusahkan gia eh.

So Ibu Iman dengan kecewanya pergi menelefon Ayah Iman. Ayah Iman lak kerja EOH ari Jumaat tu. Kalo boleh dia nak jugak pergi. Sedih lagi.

Sekarang Ibu Iman tengah prepare dokumen yang perlu dibawak ke mesyuarat. Lupakan dulu Iman dan Ayah Iman. Takwim 2010 dah setel. Cuma nak tambah aktiviti baru, dah call Unimas tunggu follow-up jer. Laporan 2010 pun separuh jalan lagi nak siap. Nasib baik dah buat awal-awal dulu, tinggal nak tambah aktiviti hujung tahun jer. Tapi gambar-gambar aktiviti belum edit lagi. Takpe takpe, slowly.

Jangan stress yer Ibu Iman. Hmm....


post signature
Catat Ulasan