Nenek Kebaya


Ingat Nek Putih? Ingat Samsiah? Ingat Adam? Ingat? Haa.. mesti ingat Nenek Kebaya. Dah abis pun drama bersiri di TV3 tuh. Layan beb ceta tuh sebabnya Ibu Iman dok umah. Kalo keja, takde masanya nak nengok tv. Lagipun Ibu Iman memang bukan kaki tv tapi sekarang banyak ceta kat tv yang Ibu Iman dah tau & follow. Hehehe.

Penangan Nenek Kebaya, Ayah Iman selalu jer balik lambat. Nak tunggu ceta Nenek Kebaya habis 5.30 pm baru balik umah. Sanggup tu. Ibu Iman iyakan ajer bila Ayah Iman call gitau nak balik lambat sebab nak tengok Nenek Kebaya.

Ibu Iman akan tengok Nenek Kebaya sebanyak 2x sehari. Sekalinya pada sebelah petang di TV3 dan sekali lagi siaran ulangan di TV9 jam 8.30. Ye la, mak dan adik-adik semuanya kerja tak sempat nengok pada sebelah petang. Huhu.

Suka plak Ibu Iman nengok lakonan Diana Rafar dan Raisuddin Hamzah dalam ceta tu. Amyza Adnan yang selalunya memegang watak antagonis pun jadi baik lam ceta tu. Kredit kepada penerbit Nenek Kebaya iaitu Rosyam Nor dan isteri.

Cucu Betong sekarang Ibu Iman tak layan sebab tak pernah pun tengok Anak Betong. Tak tau pun hujung pangkal ceta. Lagipun kalo dilayan nanti susah plak nak keluar umah, melekat depan tv jer. Maklum ler kan orang dah nak abis pantang ni. Huhu.


post signature

1 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form