Jumaat, Oktober 16

Andai ini takdirNYA

Ya. Kita hanya merancang tapi DIA jugalah yang menentukan. Jika ini takdirnya, saya terima. Semalam saya pergi check-up, hari ni pun pergi check-up, baby masih jugak breech. Masih 'duduk'. Selesa sungguh ye baby Ibu duduk. Takpe, Ibu tetap jugak sayang baby. Dan hari Isnin nanti doktor dah tetapkan untuk appointment dengan specialist di SGH. Doktor dah suruh puasa dan mungkin akan buat ECV.

ECV? Apa itu ECV? ECV ialah External Cephalic Version iaitu suatu prosedur di mana kepala baby yang songsang (di atas) akan dipusingkan ke posisi bawah (maknanya kepala akan keluar dahulu).

Saya dah survei, cuba tanya beberapa orang, baca info dari forum di net, ramai yang dah melalui prosedur ECV ni cakap ianya sakit. Dan kebarangkalian baby nak pusing ke atas balik 50-50 selepas buat ECV. Saya cuba juga tanya pendapat JM yang bertugas di MCH clinic tempat saya check-up, dia pun bagi pendapat peribadi, dia lebih rela c-section daripada buat ECV sebab sakit.

Saya cuma berharap yang terbaik untuk saya dan baby. Kalo baby masih jugak breech Isnin nanti, mungkin saya akan melalui c-section tapi saya takmo ECV.

Saya mohon maaf sekiranya selama berblogging saya ada terlanjur kata dan bahasa. Doakan yang terbaik untuk saya dan baby ye. Thanks.


post signature

Catat Ulasan