Selasa, Oktober 27

Double Berganda

Double happiness.
Yup.
Senyum.
Di saat-saat akhir hati berdebar menanti kelahiran si kecil.
Dan hari ini.
Encik Suami mendapat perkhabaran.
Dia telah ditawarkan kenaikan pangkat.
Alhamdulliah.
Syukur kepada Allah.
Terima kasih Allah.
Semuanya mungkin rezeki si kecil.
Semoga si kecil selamat dilahirkan ke dunia.
Dan menjadi anak yang baik dan solehah.
Insya Allah.
Amin.

post signature

Isnin, Oktober 26

Selera 9 bulan

Ha.. mesti ingat aku dah beranak. Hehehe. Blom gik. Mood malas datang agik. Mun jadi aku ceaser, ari Khamis klak ku admit, so Jumaat la operate nya. Tapi harap-harap miracle terjadi. Cuak juak rasa nak berbedah-bedah tok. Ne lah pernah aku kena bedah. Tido di hospital pun sik pernah. Laki nang keja hospital tapi sikda la aku sampei ekot nya keja shif malam di hospital. Apa nak diasak ku.

Semua urang madah, sebelum nak berpantang tok makan puas-puas. Ha, aku makan la puas-puas. Sampei laki ku nanyak, "apa gik kitak rasa nak makan Yang?". Hehehe. Aku makan benda-benda biasa jak. Sekda juak ku rasa nak makan benda pelik-pelik yang boleh menyusahkan urang bercarik atau berpolah. Alhamdulillah. Ada juak benda dapat ku masak kedirik. Rasa nak makan, beli bahan, masak. Ada juak yang ku sik mampu la contohnya ketupat. Hehehe. Ku madah ngan mak ku, "mak, rasa nak makan ketupat cicah susu jak, suruh nek udak molah oh". Aku ingat gik ari ya ari Sabtu. Pagi soknya, mak ku ngan adik ku pergi pasar minggu, balit-balit jak ada mak beli ketupat. Terus la ku makan ketupat cicah susu. Nyaman do jak. Makseh mak. Zaman nektok sik susah oh. Janji ada RM jak semuanya ada.

Bila diingat-ingat sepanjang aku pregnant tok, sekda la air liur ku merinsak gilak mintak ya mintak tok. Alhamdulillah. Baby Ibu nang bait, sekda nya nak nyusah Ibunya koh. Makin Ibu sayang baby. Tapi banyak juak perubahan dari segi cara makan ku la. Contohnya, selamak tok aku sik pandei makan berulan air. Makan, minum air, makan agik, minum agik. Nang pantang aku ya. Nak jaga body tek nak? Huhu. Tapi bila jak berisik tok, makan, minum air, makan, minum air, dapat gik ya aku makan. Mun dolok, mun aku makan pasya minum air, sik lah abis nak k makan ku. Dah la gila minum air ais. Dolok aku nak kurang minum air ais, nak awet muda tek konon. Tapi, biasalah, sesapa yang pernah pregnant, tauk la betapa dahaganya dengan air ais. Nikmatnya air ais ya, sik perlu tambah papa, air kosong tapuk ais, pergh... dah nikmat. Kol 3-4 pagi pun neguk air ais, sak jak lelah laki ngambik air ais di dibah. Kotan aus tek.

Hmm.. suk juak bila ngenang dirik berisik tok. Ne lah pernah berat ku mencecah 50 kg. Last week aku timbang 57kg, dah turun 600 g dah. Dah nak cukup term bah, normal lah ya. Mun nak diekotkan dari timbang ku masa pregnant 2 bulan dolok, kenaikan berat badan ku dah 14 kg (bulan April). Lepas kawen timbang aku 43 kg, ya pun masa bulan 12, belom gik berisik. Hopefully lepas pantang kelak dapat la aku kembali ke berat masa muda-muda dulu. Hehehhe. Sine nak buang baju, sayang eh. Tang semua jak baju berik adik, aku? Sikkan nak beli semua baju baru. Ada yang baju kurung fesyen baru sekali dipakei dah sikpat pakei. Sayang aih.

Tahap kegilaan aku terhadap makanan mengikut perubahan trimester:

Trimester 1

  • Semua jenis ikan ( sik kesah masak apa )
  • Paling suka - ikan masak pindang (sendiri masak)
  • Ayam goreng kunyit Tom Yum Goong
Trimester 2
  • Aiskrim samboi kedei Cina di Bauk
  • Ayam McD (before tok nang sik suka)
  • Air Ribena
  • Ikan agik
Trimester 3
  • Air nior
  • Green apple juice
  • Cheese (apa jak makanan bercheese)
  • Butter bun All Joy
Kegilaan sepanjang trimester, sesungguhnya air ais dan whipped potato KFC. Hehehe. Kinek tok rasa nak makan fillet ngan nasik Sugar Bun ya. Nyum nyum... Gine tok?

post signature


Selasa, Oktober 20

Buyuh

Oh. Inilah kaki ku yang buyuh. Hodoh? Adik aku cakap macam kaki orang yang gout tapi masa pic ni disnap (sebulan yang lalu) bengkaknya agak kureng dan tak merah. Hehehe.

Dalam bahasa saintifiknya disebut EDEMA tapi lebih dikenali dengan nama BUYUH di kalangan masyarakat Sarawak.

Buyuh atau Edema selalunya terjadi di kalangan wanita yang hamil, macam aku la. Hehehe. Simptomnya? Selalunya kaki atau tangan membengkak. Ada jugak yang membengkak di seluruh badan termasuklah muka. Nasib baik la aku membengkak di kaki dan tangan jer. Aku dah start buyuh sejak minggu ke-32 lagi, iaitu semasa bulan puasa. Hari raya memang membengkak memanjang jer la kaki aku. Tambahan lagi asyik berdiri dan berjalan disebabkan sibuk dengan persiapan hari raya. Mak cakap masa dia pregnant aku dulu dia pun buyuh jugak, tapi adik-adik aku yang lain tak pulak. Biasa la pembawakan anak sulung kot.

Penyebab Edema, seperti yang aku telah google:

  • Makan terlalu banyak makanan yang masin
  • Sunburn
  • Kegagalan fungsi jantung
  • Hamil
  • Kuman pada buah pinggang
  • Masalah pada hati
  • Kesan ubat
  • Berdiri atau berjalan semasa cuaca sejuk
Daripada penyebab-penyebab di atas, yang no 1 tu aku agak macam betul jer sebab sebelum aku buyuh tu aku gemar sangat makan lobak masin goreng campur dengan ikan bilis. Goreng pedas-pedas. Pergh.. membuka selera. Lepas buyuh aku pun dah tak makan dah benda-benda masin macam tu. Hehehe.

So nak atasi aku cuma letakkan tilam toto yang dilipat-lipat so that kaki aku berada lebih tinggi daripada badan. Nasib baik kaki jarang cramp masa buyuh. Kalo tak, aduyai, rasa nak nangis jer malam-malam. Sabar sabar.

:minimo_36:

Sekarang alhamdulillah kaki aku dah kurang membengkak. Suka. Tapi tetap jugak takleh nak jalan laju. Naik tangga pun dah termengah-mengah. Tapi takpe untuk exercise kan? Nasib baik bilik aku kat atas ada jugak alasan nak ber'exercise'. Hehe. Tapi kalo dah time malas tu, calling-calling jer guna henfon kalo Encik Suami kat dalam bilik kat atas. Tak kuasa nak panjat tangga nak suh dia turun bawah. Hihi.

post signature

ECV - Day Care Unit, Maternity 1, SGH

Semalam aku ada appointment di SGH untuk buat ECV. Sampai jer kat sana dah kedengaran dah bunyi beat baby, kuat, tapi tu baby orang lain punya. Lepas tu aku plak disuruh baring sebab nurse nak pasang alat untuk observe heart beat baby. Aku pun baring la tapi sebelum tu nurse suruh aku buang air kecil dulu. Encik Suami plak pergi ke department sebab suami tak dibenarkan menunggu di situ. Aku senyum jer kat pempuan di katil yang lagi satu sebaik saja tirai diselak dan aku pun terus baring di atas katil yang serba putih itu.

Agak lama jugak la heartbeat baby diobserve. 1 jam. Pempuan di sebelah katil aku habis awal 15 minit daripada aku. Aku pun tegur la dia, sekadar berbasa-basi. Rupanya masalah dia pun sama dengan aku, breech baby, minggu pun lebih kurang jer. Dia minggu ke-38, aku plak minggu ke-37. Lepas 1 jam, aku pun dibenarkan duduk di tempat menunggu, menunggu giliran jumpa MO plak.

Pempuan yang sebelum aku tu namanya Rita. Hehehe. Aku tau la sebab nurse panggil dia Rita. MO bertugas pun panggil Rita, aku yang duduk tak jauh dari situ dengar jer explaination MO tu. Bla bla bla. Lepas tu Rita pun duduk semula, tunggu specialist plak panggil. Aku tanya Rita, setuju ke nak pusing kepala baby, dia setuju. Dalam hati aku, aku takmo buat ECV. Tibalah giliran aku.

MO pun explain kat aku pasal ECV dan planned ceasarian section. Aku dah tau dah sebab aku dah google dan baca. Pastu aku tanya la MO tu.

Aku: Kalo saya takmo buat ECV boleh tak?

MO: You datang pagi ni kan sebab nak buat ECV?

Aku: Tapi MO kat Jawa tu tak tanya saya dulu, dia terus tetapkan appointment. Saya nak ceaser terus, tak boleh ke?

Pastu MO tu refer dengan specialist yang ada kat sebelah dia. Diorang bercakap-cakap la. Ake dengar jer apa yang diorang cakap. MO tu baru lagi, specialist tu suruh MO yang bernama Dr. Wong tu convince aku supaya buat ECV.

Mulanya aku tetap berdegil. Encik Suami dah cakap, kekadang ada prosedur yang diorang takleh nak skip, have to buat jugak dan dapatkan sign patient. Dan aku tau sekarang aku sedang melalui prosedur tu.

MO: Why not you cuba, sementara dah ada peluang ni, walaupun peluan 50-50 tapi at least you dah cuba. Mana tau berjaya, you dapat tambahkan bilangan anak kalo normal delivery. Kalo you tak cuba, kan rugi.

Hmm.. tambahkan bilangan anak. Tiba-tiba aku teringat yang aku dan Encik Suami plan nak 5 orang anak. Kesian dia kalo aku ceaser mesti anak 3 orang jer. Aku pun berubah fikiran pabila teringatkan Encik Suami. Aku tauk ECV tu sakit tapi tak kisah la aku try, mana tau sukses dan boleh bagi 5 orang anak kat Encik Suami.

So aku pun sign la consent letter tu. Ini bererti aku setuju untuk buat ECV dan kalo tak berjaya aku akan disorong ke OT. Dan... aku pun menunggu lagi untuk dipanggil specialist plak.

Bila tiba masanya, specialist yang bernama Dr. Karen tu bagitau aku, sekiranya lepas buat ECV tu, dan ECV tu tak berjaya, heartbeat baby akan dimonitor lagi. Kalo baby tak ok, aku terus disorong ke OT. Oh, ok.

Sebelum Dr Karen tu buat pemusingan kepala baby, darah aku diambil dan aku dimasukkan ubat yang bertujuan untuk mengecutkan/merelakskan rahim. Dan ubat tu juga membuatkan heartbeat aku sendiri laju giler. Dr Karen cakap ubat tu selalunya digunakan oleh pesakit asma. Tercungap-cungap jugak la aku. Dah la masa nak masukkan ubat tu Dr Wong tu tak jumpa urat aku. Cucuk tangan kiri 2x, tak dapat. Dia cakap urat terlalu halus. Pastu Dr Karen lak cari urat kat tangan kanan, tak leh jugak. At last aku gitau dulu aku penah dimasukkan ubat melalu lengan. So dia cari urat kat lengan baru lah ubat tu leh masuk. Huhu.

Dan.. sesungguhnya ECV tu sakit. Dr Karen hanya lumurkan gel di perut aku dan dia try pusingkan kepala baby ke bawah. Sakitnya. Atau mungkin mind-setting aku yang dah set sakit? Tapi memang sakit la. Lepas pusing dia buat ultrasound. Dia try 3x tapi tak berjaya. Dan dia suruh Dr Wong call siapa MO yang ada di OT. Dr Wong pun pergi call sementara nurse bantu aku mengelap gel di perut. Pastu Dr Wong bagitau Dr Karen line engaged dan Dr Karen plan suh aku baring lagi untuk monitor heart beat baby.

Sampai jer kat katil tu, aku tanya Rita, macam mana ECV dia. Dia cakap berjaya tapi sakit. Hmm.. memang sakit pun, sebab tu aku takmo ECV. Dan aku pun terus baring. Alhamdulillah heart beat baby ok, lebih kurang jer dengan sebelum ECV tadi cuma kali ni agak laju. Penangan ubat tadi tu la kot. Dan setengah jam kemudian aku pun dibenarkan untuk balik.

Sebelum balik, aku jumpa Dr Karen sekali lagi. Dia dah tetapkan yang aku perlu dicaeser pada Sabtu depan dan admit pada pagi Jumaat, 29 Oktober 2009. At last, aku terima kenyataan dan redha yang aku takleh nak bersalin normal.

Tapi.. tak ape lah. Mungkin ada hikmah di sebalik semua tu. Yang penting aku nak baby aku selamat. Baby yang bakal menyerikan rumah tangga aku dan Encik Suami. Tak sabarnya nak tunggu baby keluar.

:minimo_19:

Harap-harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. AMIN.


post signature

Jumaat, Oktober 16

Andai ini takdirNYA

Ya. Kita hanya merancang tapi DIA jugalah yang menentukan. Jika ini takdirnya, saya terima. Semalam saya pergi check-up, hari ni pun pergi check-up, baby masih jugak breech. Masih 'duduk'. Selesa sungguh ye baby Ibu duduk. Takpe, Ibu tetap jugak sayang baby. Dan hari Isnin nanti doktor dah tetapkan untuk appointment dengan specialist di SGH. Doktor dah suruh puasa dan mungkin akan buat ECV.

ECV? Apa itu ECV? ECV ialah External Cephalic Version iaitu suatu prosedur di mana kepala baby yang songsang (di atas) akan dipusingkan ke posisi bawah (maknanya kepala akan keluar dahulu).

Saya dah survei, cuba tanya beberapa orang, baca info dari forum di net, ramai yang dah melalui prosedur ECV ni cakap ianya sakit. Dan kebarangkalian baby nak pusing ke atas balik 50-50 selepas buat ECV. Saya cuba juga tanya pendapat JM yang bertugas di MCH clinic tempat saya check-up, dia pun bagi pendapat peribadi, dia lebih rela c-section daripada buat ECV sebab sakit.

Saya cuma berharap yang terbaik untuk saya dan baby. Kalo baby masih jugak breech Isnin nanti, mungkin saya akan melalui c-section tapi saya takmo ECV.

Saya mohon maaf sekiranya selama berblogging saya ada terlanjur kata dan bahasa. Doakan yang terbaik untuk saya dan baby ye. Thanks.


post signature

Khamis, Oktober 15

Makan sebelum pantang


Aku dan Encik Suami tak sedar pun yang kami sebenarnya penggemar makanan Jepun. Sepanjang pregnant memang aku tak sentuh pun sushi. Kalo tak, pegi jer The Spring mesti terasa nak makan sushi. Sebenarnya kan aku nak sangat makan Golden Ball kat Sushi King tu tapi Encik Suami tak bagi. Golden Ball tu telur jer tapi dah suami tak bagi, ikut jer la cakap dia kan.

Malam tadi jalan-jalan cari breast pump. Bila misi dah berjaya harus la mengisi perut pulak kan? Hehehe. Aku takde plak rasa nak makan apa. Nak makan tauhu jepun yang kat Restoren RasaMas yang kat Boulevard tu jer tapi aku berada di The Spring. Tak mungkin akan dapat tauhu jepun tu. So pergi la jalan-jalan cari makan. Memula pergi The Chicken Rice Shop tapi takde set meal yang menarik perhatian pun. Beberapa kali dah try nak pergi situ tapi masih jugak takde perasaaan. Tetiba teringin nak makan teppanyaki. Hmm.. last makan tahun bila ntah kat food court KLCC. Aku gitau Encik Suami rasa nak makan teppanyaki dan Encik Suami pun on. Green light!

Yeay...! Seronoknya. Suka suka.

:minimo_41:

Aku order teppanyaki chicken set meal. Ada green tea sekali tapi aku tak reti minum green tea. Aku order apple juice dari kiosk lain je.

Encik Suami plak order sukiyaki beef + fragrant rice. Nasi putih la. Hehehe. Tapi tak berapa sedap la sukiyaki beef ni. Aku tak suka. Tapi telur tu aku suka malangnya Encik Suami tak bagi aku makan sebab telur tu half-cooked. Takpe lah, demi baby.

Hmm... sedapnya. Tapi kalo teppanyaki tu dia tukar taugeh instead of kobis lagi sedap. Nyum nyum. Nanti bila baby dah keluar baru bleh makan kat Sushi King. Sabar sabar. Hehehe.

post signature

Rabu, Oktober 14

37

Minggu ni minggu ke-37. Teringin nak snap pic masa sarat tapi tak reti la. Pastu segan pun ada gak. Huhu.

Pic tanpa muka boleh kan? Hehehe. Mr. Hubby yang snap masa tengah baring.

post signature

Selasa, Oktober 13

Ikat Perut

Bagi yang kerja gomen (under federal) bulan ni (bulan 10) dah gaji dah. Huhuhu. Khamis lepas dah pay day dah. Dan nak tunggu gaji untuk November ada sebulan lebih lagi.


Auwww... lama tu. :minimo_23:


Nampak gayanya kena la ikat perut kan? Dah ler bulan depan birthday si kelisa biru. Ayo yo..


post signature

Isnin, Oktober 12

Ubat

Bilik dah bau ubat. Mak cakap keluarkan ubat dari bilik tapi bau ubat tu sedap. Dah keluarkan ubat dari bilik tapi rumah plak yang bau ubat. Belum apa-apa dah wangi semerbak.

Ubat apa? Ubat untuk berpantang nanti la. Sedap tak sedap kena makan jugak. Tapi baunya sedap, rasa pun sedap jugak ler kot (hopefully). Hehehe.


post signature

Jumaat, Oktober 9

36

Sekarang aku sibuk mencari info mengenai caesarian kerana baby ku masih breech. Dulu masa scan 7 bulan baby memang breech tapi ingatkan baby akan turun. Lepas tu cek MCH 8 bulan JM cakap kepala baby dah kat bawah, bila scan kat private plak Doktor cakap baby breech. Masa tu dah start risau dah. Sekarang Doktor bagi masa seminggu lagi untuk baby berpusing, kalo tak memang confirm aku kena caesar. Walaupun aku mengidamkan untuk bersalin secara normal tapi kalo dah baby breech aku takmo nak tanggung risiko. Caesar pun caesar lah, yang penting baby selamat. Mr. Hubby sebolehnya nak aku deliver normal sebab dia risaukan aku tapi aku cakap baby pun penting jugak, takpe la, insya Allah takde apa-apa.

Di kesempatan ini aku nak minta maaf kepada semua blogger yang ada singgah di sini dan juga tak lupa juga kepada rakan-rakan dan silent reader sekalian. Doakan yang terbaik untuk aku dan baby ye.

post signature

Ahad, Oktober 4

Salam Eid Mubarak 1430

Rasanya belum terlalu lambat untuk aku mengucapkan salam Aidil Fitri kepada semua rakan blogger dan silent reader sekalian. Kalau sepanjang aku berblogging ni aku ada tersilap taip sehingga mengguris segelintir perasaan kalian, aku minta maaf yer. 0-0 la hendakNya. Biasa la aku ni hamba biasa jer. Menaip pun kekadang emosional, tak fikir hati orang lain. Maaf yer.

Raya tahun ni aku kan Mak Buyung, tak dapek la nak buat baju banyak-banyak. Aku cuma buat sepasang jer. Encik Suami pun sepasang, baju nikah ari tu pun dia dah ada 2 pasang. Cuma aku jer tak dapat nak pakai baju nikah. Huhu. Dulu lain, sekarang lain. Takpe nanti aku akan pastikan aku leh jugak pakai baju hari nikah tu. Hehehe. Insya Allah.


Dan tahun ni tema famili aku hijau lumut, sebelah IL plak kuning-gold. Tapi aku ada baju kaler hijau jek. Apa bleh buat, baju nikah ari tu dah gold, takkan nak buat lagi kaler yang sama. Hehehe.


Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430, Maaf Zahir Batin dari aku dan keluarga di Kuching, Sarawak.


post signature