Pages

DugaanNYA

Ya Allah, letihnya Tuhan saja yang tau sekarang. Sejak masuk 3rd trimester ni macam-macam penyakit jer yang aku rasa. Ngilu hujung hati? Sakit pinggang? Sakit bahagian punggung? Perut senak? Tangan kebas? Kaki bengkak? Semuanya takde obat, kalo ada pun takmo ah aku makan.

Minggu ni aku dah start bercuti. Yep, semalam dah start tapi semalam hari yang sangat mencabar bagi aku. Nek Aki aku yang bercuti di Tawau bersama maksu aku kena operate. Dia kena minor stroke last week, mengejut dan terpaksa operate sebab ada bleed kat otak kiri. Bayangkan dia jauh, kami semua anak-anak dan cucu semua kat Kuching, yang ada kat Tawau nun cuma anak bongsu dia jer. Risaunya. Ye lah, bila dah operate otak, risikonya memang agak tinggi. At last mak dan makcik-makcik aku pun pergi jugak ke Tawau, emergency, balik kerja, packing barang then terus fly. Kalo aku leh naik flight nak jugak aku ikut. Nek Wan aku yang selalu sakit dulu sihat plak kat sana, ni terbalik plak Nek Aki plak yang sakit sampai kena admit hospital dan operation! Memang dugaan betul.

Dan bila mak dan bapak aku dah fly ke Tawau bermakna aku dan Encik Suami lah yang jadi ketua kepada adik-adik aku. Balik dari airport Encik Suami ajak pergi bazaar beli lauk tapi aku takmo. Aku teringin nak makan ayam masak kicap. Home-made. Aku berkeras takmo beli lauk sebab nak masak sendiri. Encik Suami takut aku penat tapi aku berdegil jugak. Encik Suami turutkan ajer. Aku masak ler semalam. Semua dah siap blend tinggal nak potong ayam dan tumis jer. Tapi.... penatnya bukan main lagi. Taktau lah kenapa. Mungkin aku dah buat kerja rumah dari pagi kot. Bangun tidor aku basuh baju, sidai baju, basuh baju lagi, sidai lagi. Basuh kat bawah, sidai kat umah atas. Selalunya Encik Suami yang tolong aku angkat laundry basket tapi semalam semua aku buat sendiri. Ye la dah Encik Suami kerja kan. Adoii... memang penat. Nak cakap pun rasa tak larat. Ditambah lagi dengan kerisauan Nek Aki yang masuk OT. Kesian Encik Suami. Aku rasa aku tak banyak layan dia bercakap semalam.

Sekarang masa menaip ni tangan aku rasa kebas-kebas. Sebelum ni masa bangun tidor jer kebas tapi hari ni masa tak tidor pun kebas. Tak sabar nak tunggu Encik Suami balik. Hari ni aku malas nak masak sebab nak rehat, takmo lagi exhausted macam semalam. Lagipun Encik Suami dah bagi idea beli nasi beriani. Aku on kan ajer. Dah beli pun tadi, lepas amik adik aku balik dari sekolah.

Dan menu petang ni nasi beriani ayam, wedges dan lauk semalam yang masih ada balance sikit. He he he.

post signature

Kakmim

Blogger since 2008. On off blogger since 2013. Blogging is my passion. Now and forever.

4 comments:

khairul onggon said...

Dugaan nya lah tuk Mira.. sabar dan bykkan berdoa semoga mendapat keberkatan ramadhan. Semoga tok aki ktk cepat bait.. :)

Noor said...

salam mira..
bila kita tgk org peknen, kita akan kata BEST NYA PEKNEN...tp bila kita lalui sendiri masa2 peknen..br kita tau, x mudah rupanya nk bergelar ibu ni....
Mira kene banyak rest...tgh sarat2 ni byk risiko...so kene hati2 k...
Semoga selamat melahirkan nnti ...
Bynie doakan yg terbaik....

Roserina said...

yoh, kak ira... banyaknya kerja ktk polah? ilek-ilek isap gam... (jgn benar-benar isap gam,eh... perumpamaan jak, hehe... ;p)
zain padah nenek laki dah semakin sihat. dah dapat berjenaka dah nya, hehe :)
take good care, kak ira! sik lamak gik baby mok dtg ya! ;)

odah said...

Selamat Hari Raya, Mira. Mohon maaf zahir dan batin.
Sabar jak, nang ya ujian utk para ibu. Ya lah pahala org pregnant tok berlipat ganda. Lagik mun dah beranak kelak, keluar dosa dari seorang ibu dan jadi seperti bayi yg baruk lahir juak.
Kamek harap mun baby kitak dah lahir kelak, kita pilih utk breatfeed exclusivey sampe 2 tahun. Sik mustahil utk seorg ibu bekerjaya utk fully BF. Lelah sikit, tp berbaloi. Cam kamek tok pun terpaksa wean off anak mek nombor 2 ya masa nya 7 bulan sbb pregnant gik pas ya susu pun tiba2 kerin. Insya Allah, after deliver bulan januari 2010 kelak mek continue to nurse both nya ngan adik nya.