Salam Ramadhan, Salam 1 Malaysia

Hari ni dah masuk hari ketiga umat Islam seluruh dunia menunaikan rukun Islam ketiga. Alhamdulillah aku dan baby juga tidak ketinggalan menunaikan ibadat puasa walaupun belum berpeluang lagi menunaikan solat terawih. Niat tinggal niat nak berterawih. Asal jer lepas maghrib mesti aku jadi letih yang teramat sangat dan mengantok yang teramat sangat. Terus kensel niat nak ke masjid. Nampaknya aku memang tak kuat lagi untuk menepis godaan-godaan syaitan yang direjam tu.

Tahun ni merupakan tahun pertama aku berpuasa sebagai isteri dan juga pengalaman pertama berpuasa dengan membawa baby di dalam tummyku yang cute ini. Perasaan? Bimbang, gusar, takut, semuanya bercampur baur. Ye lah kalo seorang aku tak kisah, ni yang kat dalam ni, kesian. Tapi aku dah awal-awal lagi bagitau baby yang aku dan dia akan menunaikan ibadat puasa. Ayah dia pun siap bagitau awal-awal kat baby. Pada sebelah malamnya, waktu bersahur, aku asyik bagitau benda yang sama kat baby. Alhamdulillah baby takde la meragam sangat cuma 1st day hari tu memang terasa jugak la baby memberontak, dia lapar kot, especially pukul 3-5 petang. Kesian baby. Tapi hari ke-2 baby dah mula ok cuma aku memang agak dahaga bila masa berbuka. Aku tak makan banyak pun cuma minum air yang banyak. Memang tak pernah dibuat sebelum ni pun. Habit aku dari dulu-dulu memang lepas habis makan barulah aku minum air tapi sejak pregnant ni aku belasah jer minum air sebelum, semasa dan selepas makan. Dahaga sangat.

Untuk berpuasa dengan baby aku takde tips lain, aku cuma amalkan makan kurma dan minum soya bean atau kelapa muda masa berbuka. Nasik dan kuih-muih of course la makan jugak. Pada sebelah malamnya aku banyakkan minum Ribena dan minum air suam. Masa sahur pulak aku minum susu Anmum dan makan kurma lagi. Risau jugak kalo berat menurun. Rata-rata member yang berpuasa semasa pregnant mengalami penurunan berat badan semasa bulan puasa. Tapi, kalo turun pun tak kisah lah, janji baby sihat, dan yang penting mesti ada hikmah. Baby pun dapat belajar bersabar. Aku selalu ingatkan baby, banyak pahala kalo baby dapat bagi kerjasama dengan Ibu untuk menunaikan ibadat puasa ni. Yang lain-lain aku cuma tawakal denganNYA.

Dengan kesempatan ini, aku ingin meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa semasa berblogging dan menyinggung perasaan kalian yang sering mengunjungi blog ni.

:minimo_12:Salam Ramadhan dan salam 1 Malaysia. :minimo_05:


post signature

4 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. selamat berpuasa, kak ira :) kirim salam dgn baby dalam tummy ktk yg kiut ya, hehe... ;) btw, kmk dah tukar address blog. it's lovelyroserina.blogspot.com. p, gik sik da pa-pa gilak dlm ya, hehe... e-mel kmk eriyina_1@yahoo.com. ne tauk ktk mok privatekan gik blog ktk, i still wanna be a follower! ;)anyway, selamat berbuka posa and minum air banyak-banyak ;) peace! ;D

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa mira... mun rasa x pat nak puasa, x hal... baby dlm perut perlu bekalan yg cukup. baby sik tendang2 ka mun ktk lapar? take care k.. :)

    ReplyDelete
  3. eyna, apahal semua bertukar tek? bila balit? ada gi ikea x? hehehehe

    nyza, insyallah gik larat... tendang nya koh... aktip gilak ms 1st day dolok... ri tok jak da kurang sikit..

    ReplyDelete
  4. saja nak ambik angin baru, hehe... ;) sik tauk gik bila balit. kmk plan nak balit 17hb Sept p tiket dah sik da dah... sik tauk gik... huhu... pa kah diidam-idamkan ktk di ikea ya, kak ira? hehe...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form