Sabtu, April 4

DugaanNYA


Saya ada 2 berita.
Gembira. Dan tak gembira.
Kita cerita kisah gembira dulu la yek.


Ya. I'm pregnant.
2 bulan.
Alhamdulillah.
1st scan di GH masa 7 week.
Even belum besar sangat tapi dah nampak dah perkembangan baby.
Dan pergerakan baby!
Dari seorang doktor sampai 3 orang doktor yang buat scan.
Dan for sure 1 department tau yang Encik Suami bakal bergelar bapa.
Siapa suruh buat scan masa office hour?
Kan dah heboh.


Cerita tak gembira.
Saya menderita penyakit kulit lagi.
Serius daripada bulan 1 dulu.
Ada yang cakap kayap.
Ada yang cakap gelatak.
Tapi doktor cakap eczema.
Dan payahnya lagi treatment terbatas sebab saya pregnant.
Pegi GH doktor tu macam paksa saya ambik steroid.
Dia explain la kalo ambik memang ada risiko.
Have to take the risk la, bibir baby akan sumbing.
Mun urang Serawak madah 'bisang'.
Siapa yang nak baby yang bakal dilahirkan tak sihat kan?
Biarlah.
Saya takmo bersalah pada bakal cahayamata yang dilahirkan.
Biar saja saya yang menderita asalkan bukan 'dia'.


Balik dari GH memang saya agak tertekan.
Saya rasa macam dah takde cara lain nak mengubati penyakit saya ini.
Saya nekad.
Saya akan berubat cara Melayu pulak.
Saya memang tersiksa semenjak diserang penyakit ini.
Luaran saya nampak happy tapi hati di dalam cuma saya yang tau.
Betapa saya sukar nak tido malam.
Betapa.. betapa...



DugaanNYA amat berat sekali.
Mungkin penyucian suci terhadap dosa-dosa kecil saya terhadapNYA.
Saya memang hamba yang lemah.


Saya amat berterima kasih kerana adanya Encik Suami yang memahami.
Yang banyak memberi sokongan, kata-kata semangat dan nasihat untuk saya.
Juga adik saya, Mijot, yang banyak membantu saya.
Dan tak lupa semua famili saya.
Terima kasih CINTA.


Saya CINTA semuanya.


post signature

Catat Ulasan