Rabu, Februari 4

Workshop Workshop Workshop


Hari ke2 workshop, semua macam dah tunjuk belang dah.
Seronok jugak workshop nih.
Sebab aku ni memang takde basic dalam bidang pendidikan.
Masuk kolej terus jer mengajar.
Bila diberi peluang workshop macam ni terus aku grab jer ari tu.
Alhamdulillah, banyak input yang aku dapat sepanjang 2 hari ni.

Speaker memang asyik punye.
Dr. Ranjit.
Beliau menggelarkan diri beliau 'Abang Singh'.
Kekadang 'Abang Benggali.'
Boleh tahan jugak 'Abang Singh' bila buat lawak.
Semalam tak ngantuk tapi hari ni ada sikit la.
Hiks.

Huhu.
Nama 'Faizura' memang jarang aku guna.
Macam penambah perasa plak nama belakang nih.
Tapi masa register semalam tetiba pihak urusetia bagi tag nama ni.
"Faizura"
Cheh.. terpaksa la aku berlakon jadi Faizura.
Tapi peserta lain aku introduce nama aku as mim ya ra alif je la.
Macam biasa la.
Nama Faizura tu tak serasi dengan aku.

Dan ni geng-geng baru dan lama sepanjang workshop ni.
Sporting gak diorang ni.
So far aku enjoy la workshop ni.
Tapi besok ada presentation.
Kena buat micro -teaching.
Have to prepare slaid and so on.
Sampai tak jadi nak kuar ngan Mizzamy.

Dr. Ranjit ni suka bagi buku.
Kalo dia suka dengan jawapan kita, dia akan bagi hadiah.
Hadiah buku-buku yang dia tulis jer la.
Tapi bermakna tau buku-buku tu.
Dan, aku pun dapat 1.
Suka sangat buku ni.
Dari semalam aku target nak dapat 1 buku.
At last dapat jugak hari ni.

:mMuka:

post signature

Catat Ulasan