Ahad, Februari 8

Hujung Minggu

Salam hujung minggu semua.
Besok (Isnin) aku cuti.
Yeehaaa...!

:mRambut:

Aku saje jer try apply cuti sehari hari tu before gi kursus.
Tak sangka jugak cuti diluluskan.

:mGelak:

Hari ni bangun pagi ingatkan nak basuh towel, cadar.
Maklum la semalam Kuching dah cerah balik.
Matahari dah tak majuk dah.
Syok sket nak basuh baju.
Tapi pagi tadi lembap plak.
Tak sedar plak bila hujan.

:mKorek:

Terus kensel basuh cadar & towel.
Ingatkan nak pergi India Street tapi malas.
Nak masak takde idea plak.
At last Mijot suggest buat nasik lemak jer.
So masak ler kitorang 2 orang.
Nyum nyum.

:mHihi:

Petangnya plak kitorang (aku, Mr. Hubby & Mijot) gi K-Box.
Atau nama glamernya karaoke jamban.
Huhu.
Selalunya aku dan Mr Hubby gi K-Box kat Matang jer.
Tapi semalam dah try yang baru kat Bandar Baru Semariang.
Dan hari ni pergi lagi la.
Keh keh keh.

:mBerangan:

Yang kat Bandar Baru ni baru jer bukak.
So sound system memang masih dum-dam-dum-dam lagi.
Dan yang lagi bestnya tempat tu air-conditoned.
Tak macam yang kat Matang.



Petang ni jer kitorang dah habiskan RM13 kat situ jer.
Puas meneriak 13 buah lagu.

:mNo:

Mr Hubby
Aduh Saliha (Mawi)
Kian (Mawi)
Seroja (Mawi)
Kau Pergi Jua (Adam Ahmad)
Sejiwa (Spring)

Aku
Dia (Sheila Majid)
Retak (Ella)
Berdua Lebih Baik (Acha Septriasa)

Mijot
Rama-Rama (Ella)
Sejak Ku Bertemu Padamu (Sanisah Huri)

Duet
Jika (Melly Goeslow & Ari Lasso)
Dunia Batinku (Ella & Tam Spider)
Dag Dig Dug (Haiza)

:mGuilty:

Hari ni Mr. Hubby perasan jadi Mawi plak.
Chess.
Mr Hubby aku pernah jadi wakil district untuk pertandingan karaoke.
Antara hospital jer la.
So agak ok ler kan suara dia.
Aku dan Mijot?
Hahaha.
Lantak jer la.
Janji boleh teriak punya.
Dan tak out of tune.
Pitching tak lari laju sangat.
Huhuhu..

:mWekk:

Tapi.
Kami sungguh gumbira hari ni.
Ibarat dah melepaskan semua masalah negara.
Oops... ada masalah ke?
Eh, biasa-biasa jer.
Standard la.
Takde ler sampai jadi macam ni :mHantuk:
Huhuhu.

Dan, sesungguhnya berkaraoke itu memang melegakan tekanan.
Percayalah.

:mLove:

post signature

Catat Ulasan