Sabtu, Januari 10

Syhh...

Dah 4 hari hujan non-stop. Banyak dah area kat Kuching yang banjir. Tapi aku bukan nak ceta pasal banjir, aku nak ceta pasal makan. Hehehe. Tadaaa....


Nengok tak signage tu? Jeng jeng jeng...



Syhh.. jangan gitau mak aku ek. Aku gi Sushi King ngan Mr Hubby tadi. Tak tahan la wei nak makan sushi. Teutamanya Golden Ball nih. Macam Dragon Ball la pulak ek, tapi ni bukan mutiara naga tau. Ni sebenarnya telur rebus yang digoreng ngan breadcrumb dan kat atasnya ada salad mayonis. I like. Nyum nyum..



Susah betul tau nak berpantang. Udang memang ar aku tahan sebabnya aku memang tak suka udang. Apatah lagi pas kena alergik tu makin la aku benci udang. AKU BENCI UDANG, ok! Semua spesis udang terutamanya udang kara aka lobster. Tapi macam sotong goreng tepung tu, mana la aku tahan. Bau nye jer dah menggegarkan iman aku. Tolong la. Aku nak sangat makan sotong goreng tepung. Tolong lah. Tapi kat Sushi King takde sotong goreng tepung. Tempura jer ada. Aku pun dah lupa camne rasa tempura. Huhuhu.

Disebabkan nak mengelakkan diri daripada makan sushi yang pelik-pelik, aku pun setuju bila Mr Hubby nak order menu baru yang kami tak pernah cuba ni.



Hehehe. Ada lagi menu baru yang tak pernah cuba. Memang la tak sedar diri. Tapi, ni daging jer. Kalo daging aku tak fobia sangat. Sebab bukan sea food. Hehehe.



Rasanya macam daging yang dimasak dengan sos tiram, tapi bukan sos tiram. Diorang guna kicap manis orang Jepun tu. Dan ada mix vege, makanan favourite aku. I like. Nyum nyum. Hehe.

Sebenarnya tadi pergi The Spring sebab nak survei external hard disk. Survei je. Sib baik Mr Hubby dapat dicool-downkan daripada terus membeli di situ. Memulanya memang nak ke Saberkas sebab lagi banyak pilihan tapi jem giler mak aih. Tak tau lah, ujan lebat pun ramai yang keluar shopping. Mungkin shopping untuk CNY kot. Pastu alang-alang dah di The Spring nak carik baju kaler merah untuk jalan raya masa CNY nanti. Hehehe. Nak baju merah baru, 1 untuk aku, 1 untuk Mr Hubby. So pergi la Padini, tapi tak jumpa yang berkenan di hati. Mr Hubby plak yang beli baju kemeja kerja. Jeles memang jeles tapi sabar je la. FOS kan ada. Tapi bila gi FOS pun tak jumpa yang kenan di hati. Takpe lah. Tak majuk pon.

Tapi. Sebab dah tak jumpa apa-apa tu, mesti la nak mamam best. Sound kat Mr Hubby terasa nak sushi. Gelak-gelak-gelak, uh, mesti tak dapat ni. Tapi kan. Dia OK jer. Boleh, boleh, boleh. On jer. Oops.. adakah aku bermimpi? Oh, tidak... nang nya terus ajak masuk Sushi King aih! Hahaha. Apalagik, suk la tek walaupun hati sik juak berapa nyaman. Ne ndak hari ya pas makan apa-apa ntah di sia terus kena macam-macam. Suka gilak encoba barang makan pelik-pelik. Pasya, muka ko diat, agik rasa ko! Terkena rah dirik pun. Huhuhuh. Tapi nang nyaman. I love Sushi King. Hehehe.



Licin sudah semuanya sekali. Pas makan mata Mr Hubby pun dah garfield plus-plus gitu. Kutuk ler aku lagi mata garfield, kutuk. Hahaha. Tau jugak yer mulut tu reti diam. Dia diam jer wa cakap lu. Riso lak aku. Sebab Mr Hubby ni jenis yang tak reti diam. Mulut dia tu asik nak bercakap ajer. Kekadang malas jugak nak layan kalo aku takde mood. Hehehe.


Tapi kan, best tau dating lepas kahwin ni. Lagi best daripada dating sebelum kahwin. Tak caye, try lah. Nikah lah dulu baru dating. Huhuhu.

Ooops.. sori mak sik tahan nak pantang makan. Ampunnnn....!




Catat Ulasan