Isnin, Januari 12

Photoshoot Konon.. bluwekk

Pengalaman alergik yang kronik selepas kahwin memang takkan aku lupakan sepanjang umur hidup aku. Bila aku belek-belek piccas yang aku amik masa tengah sakit tu, memang terasa geli jugak. Dengan blister yang besar di tapak tangan, blister yang comel di celah-celah jari tangan dan kaki. Memang menyeramkan. Tapi alhamdulillah aku dah beransur pulih sekarang. Lihat la tapak tanganku yang dah kering. Alhamdulillah.



Last week masa aku sickleave, aku bukannya dok umah jer. Walaupun 'membawa' tangan yang bergelembung sana sini, aku tetap ke sana ke mari jugak. Hehehe. Aku sickleave sebab tangan kiri aku takleh guna jek. Kaki tetap jugak leh jalan, lagipun driver kan ada, Si Mijot. Hehehehe.


Aku dan si Mijot. Ke mana kami? Buat apa? Hmmm.....


Tengok apa tu?


Eh.. eh..


Aih... kenak ya?

Nak dijadikan cerita, adik ku yang kat UITM KS ada assignment untuk subjek fotografi. Bersemangat benar dia nak ke Taman Sahabat nak buat photoshoot lepas pergi kelas ari Jumaat tu tapi tetiba dia demam plak ari Ahadnya, so tak menyempat la nak buat assignment tangkap gambar model di Taman Sahabat. Makanya aku dan si Mijot, kakak-kakak yang baik hati ni dengan rela hati tolong adik aku si Dedek ni pergi photoshoot dengan kazen aku si E-il dan Lyn sebagai model. Dengan skill dan teknik yang zero ni kitorang gi la 'menembak' dengan berbekalkan draf teknik yang Dedek dah sketch, yang lecturer dah ajar. Aku, biasa la mesti la jadi jadi director dengan tangan kanan jer yang boleh pakai. Tuija. Hahaha. Bayangkan, assignment nak hantar hari Rabu, petang Selasanya baru kitorang gi Taman Sahabat. Tu pun dah nak maghrib pastu hari nak ujan plak. Huhuhu. Very the rushing.



Ni ha kakak-kakak yang baik hati tolong buat assignment adiknya. Tapi kan, semua yang kitorang 'tembak' tu SALAH...! S.A.L.A.H. Tau tak? Salah. Kah kah kah. Tuija. Kesian tol Dedek. Last-last snap piccas kat umah jer. Kesian dia berangan nak amik lokasi best tapi at last kat umah jugak terpaksa 'menembak'. Apa leh buat, aku tak masuk pun masa lecturer bagi lecture tang tu ari tu, mana la aku tau requirement lecturer tu kan. Tuija. Huhu. Yang aku tau, janji cantik jer.. 'tembak'. Muahahaha.


Oh, ini dia muka orang sakit. Fobia occayh, nak pakai compact powder pun ai takot. Lipbalm pun sama gak. Vaseline pun ai pakai sikit-sikit jer tau. Huhu. Memang pucat lesi la muka, memang tak cat apa pun occay. Hehehe. Tengok.. gambar pun takde edit-edit ni. Nampak kan jerawat ku itu? Hahaha. (Tok la paragraph paling ngegeh ku rasa, tapi aku suka ngesuck ati Mijot. U know what I mean, Jot? Kah kah kah. Tekak la tekak la... Kah kah kah)

Dah eh .. chow! Ada gak kenangan muka sakit kan? Elelele...:pandaGeli_31::pandaGeli_20::pandaGeli_02: :pandaGeli_17::pandaGeli_15::pandaGeli_34::pandaGeli_26:


Catat Ulasan