Jumaat, Januari 2

Jiwa Kacau

Aku jatuh tangga pulak jap tadi.
:mPening:
Malang kan nasib aku?

Aku online dari katil jer lepas Mr Hubby pegi work.
Pastu dalam 9 sengah adik ku Zila ketuk pintu bilik.
Diorang dah nak gerak ke airport.
So aku pun bangun la nengok diorang gerak.
Masa berdiri jer aku rasa dah tak stabil dah.
Kaki kanan ku macam tak jejak ke lantai.
Cramp!
Aku cuba jalan lagi, nak jatuh.
Tapi aku redah jer jalan terus.
Terus turun tangga.

Bila dah jejak anak tangga aku dah takleh kontrol diri dah.
Kaki kanan ku terus tergelincir ke bawah dan ke bawah.
Nasib baik aku sempat berpaut di pagar.

Mak dan adik-adikku yang sibuk di bawah terkejut la.
Bunyi orang jatuh.
Pastu diorang dah nengok aku terduduk kat tengah tangga dah.
Bontot aku sakit.
Uwaaaa....!

:mSad:

Sedihnya.
Macam-macam hal jer.
Dulu pas 2-3 hari kawen dulu aku pernah jatuh gak.
Jatuh terduduk sebab mata pitam.
Masa tu awal pagi, masa Subuh.
Mr Hubby terkejut kenapa aku tiba-tiba terduduk kat lantai.
Dia tanya aku tapi aku pun blur jer.
Aku sendiri pun terkejut aku dah terduduk dan henpon ku terjatuh ke lantai.
Masa tu aku nak off alarm henpon ku yang ada kat dressing table.
Entah camne aku leh rebah dan black-out sekejap.

Bila aku gitau adik-adik aku diorang pun cakap,
"patut ar macam dengar ada benda jatuh jer pagi tu"
Malangnya nasib aku asik terjatuh jer.
Dah la dapat penyakit pelik.
:mHantuk:

Mr Hubby selalu cakap dia takkan tinggalkan aku.
Tapi dia akan tinggalkan aku malam ni.
Dia akan pergi Kapit hantar adik dia yang dapat posting cikgu ke sana.
Hati kecilku sedih sangat-sangat.
Tapi aku tak bagitau dia yang aku berat hati nak lepaskan dia.
Dia perasan kot aku macam takde mood semalam.
Dia ingat aku marahkan dia sebab dia tersalah cakap.
Tapi sebenarnya aku kecik hati dia tinggalkan aku di saat aku perlukan dia sekarang.
Ye la, siapalah aku ni.
Takpelah.
Biarlah aku bersendirian.
Aku kan masih punya famili.
Aku ada Mijot, ada Ikah.
Senyum la, senyum la.
:mThinking:
Takmo la nangis-nangis.


Aku tak tau kenapa aku sensitif sangat semenjak 2 menjak ni.
:mSurrender:


Aku tak suka jiwa yang kacau macam ni...!!!
Tak sukaaaaa.....!

Catat Ulasan