Isnin, Januari 19

Friendster vs Facebook


Sekarang zaman Facebook. Hampir semua orang ada Facebook. Kalo dulu orang gila Friendster. Sekarang? Orang dah tak sebut dah Friendster. Apa kelas Friendster??? Oh, please la. Friendster untuk budak-budak kecik jer, budak sekolah yang hingusan. Adik aku yang sekolah rendah jer suka mengedit profile Friendster sekarang. Aku sekarang pun kekadang dah lupa nak log in ke Friendster. Keh keh keh. Dah ler banyak spam dan forwarded message dah sekarang. Buhsan...!

Dulu aku ada Myspace. Aku ada Friendster. Aku ada Multiply. Dulu aku gila edit profile Myspace. Edit profile Friendster. Multiply. Semua HTML aku godek. Aku takmo background profile aku sama dengan orang lain. Gila lah. Berjam-jam mengadap PC semata-mata nak edit gambar, edit HTML, sampai aku jadi puas.

Sekarang? Malas sungguh nak bermesraan dengan HTML, dah tak ingat dah nak main-main ngan Photoshop. Malas. Tau tak? Malas. Semua aplication dah ada di mana-mana sekarang. Janji rajin tanya Uncle Google jek. Tengok Blogger ni pun dah banyak berubah. Dulu bukan main susah nak edit layout. Sekarang? Klik tu klik ni, add jer widget, edit sikit, semuanya dah siap! Senang jer kan? Susah lagi nak makan. Huhuhu. Semuanya petik keyboard jer dah jadi. Oh, sungguh mudah!

Myspace. Dulu-dulu lagi aku dah delete. Ramai sangat stranger kat situ. Tak suka. Friendster pun dah ramai stranger dah sekarang. Rasa nak delete jer akaun Friendster tapi sayang plak sebab ramai kawan-kawan sekolah ada dalam friend list. In case apa-apahal boleh search dan contact melalui Friendster. Tapi, aku memang dah boring gila dah dengan Friendster. Al-maklum la dah crazy dengan Facebook. Kah kah kah.

Dulu kan aku malas nak sign up Facebook. Ingat kan macam Tagged. Lawa bah bak kata urang Serawak. Bosan la main bendalah macam tu. Once bila nengok si Mijot main-main ngan application kat dalam Facebook macam seronok jer. Pastu terus aku addict. Memula tu suka la send macam-macam kat member-member dalam Facebook tapi sekarang nak approve aplication yang member bagi pun dah malas. Hahahaha. Pecah rahsia. Lagi satu yang best pasal Facebook ni kan, kita leh chat dengan member-member yang online. Takyah on YM pun takpe. Huhu.

Tapi YM tu media komunikasi yang sangat penting di opis. Nak mengumpat ke, nak send attachment ke, nak ajak pergi mengular ke, semuanya via YM jer. Kan lebih senang dan memudahkan. Kwang kwang kwang.

So korang prefer yang mana 1? Friendster? Facebook? Myspace?
:mPening:

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

:mRambut:

Or Blogger...? Hihihi


Catat Ulasan