Selasa, Januari 27

Cuti-Cuti CNY

Cuti 4 hari aku tak ke mana pun. Nak pergi honeymoon pun macam tak puas jer 4 hari. Nak apply cuti? Macam tak dapat jer. Pengarah aka Mr BB aku menghilangkan diri! Balik travelling terus tak jenguk ofis. Macam lepas tangan jer?

Kronologi:

Sabtu: Aku pergi bawak adik aku Iqah dan Farhan jenjalan, nengok wayang. Kami dah gerak dari umah kol 10 pagi lagi. Ingatkan nak nengok MAUT tapi bila ke Riverside takde pun ceta tu. Kena tipu hidup-hidup dengan Cinema Online. Isk. So kitorang gi nengok ceta INKHEART. Not bad movie, ala-ala BEDTIME STORIES jugak.


Ahad: Pergi kenduri kawen umah bf adik aku di Landeh. Mr Hubby oncall so dia sorang je tak ikut. Hari ni macam rewind balik hari kawen aku sebab ulang tayang baju-baju kurung. Kah kah kah.

Isnin: CNY. Gong Xi Fa Cai. Gerak dari umah jam 10 ke umah Liu & Mr Chow then ke umah Dr. Tan. No angpau okeh, maklum dah married. Huhuhu. Pas balik dari umah Dr Tan, Mr Hubby dah tak larat. Kenyang dan ngantok, terus balik umah sebab dia nak tido, malamnya teruk kena call kes orang gaduh. Malamnya nengok RED CLIFF 2. Memang ceta yang ditunggu-tunggu. Tapi sebelum tu jenguk jugak ke Riverside manatau MAUT ada main tapi takde jugak. Hampeh. Sib baik RED CLIFF 2 tak menghampakan.

Selasa: Dok umah jer. Masak. Nenek & makcik semua berkumpul lunch di umah. Bosan? Tak jugak la, tapi sok nak keja. Malas, kelas jam 8. Sok my turn plak driving till Jumaat.

DAH.

Nak iron baju. Nak nengok slaid untuk besok. Nak tido. Daa~


post signature


Catat Ulasan