Jumaat, Januari 2

Cepatlah pergi derita!

Warning: Read and View at your own risk!

Hari nih aku sickleave! Tak pernah-pernah aku dapat sickleave. KJ dah sms gitau hari ni ada meeting kewangan tapi what to do, pergerakan aku sekarang memang agak terbatas. Menaip ni pun aku kontrol-kontrol jer tangan kiri aku ni.

Aku dah menderita 'penyakit' ni sejak selepas Krismas yang lalu. Before krismas, pakcik aku bawak balik lobster dari Sabah. Aku yang jakun jumpa lobster memang teruja benar nak makan. Bila aku tengok jer bendalah lobster tu, aku tak berkenan tapi teringin jugak nak makan. Pastu Mr Hubby yang tau aku memang tak suka spesies-spesies udang ni, dia kopek la sikit ngan aku, bila tengok aku excited sangat nak rasa. Aku makan la sikit isi lobster yang putih, lemak, manis tu. Rasanya macam udang campur ketam. Tapi aku makan sikit jer, sebab aku memang tak suka udang dan ketam.

Pastu kebesokan harinya aku perasan jari-jari aku ada gelembung-gelembung kecil.



Aku tak hiraukan sangat sebab masa tu bibir aku kering dan dagu aku pun sama ada rashes.




Aku dah mula riso. Muka tu. Segan wei nak keluar rumah. Semua orang riso. Aku lagi la. Tak tau kenapa jadi camtu. Aku rasa maybe alergik make up masa aku kawen ari tu. So aku pergi Klinik Dr. Kon, kali kedua aku pergi dalam masa seminggu. Sebelum ni aku pergi sebab kaki aku ada infection. 2-3 hari jer aku sapu krim yang Dr. Kon bagi, semuanya dah kering dan ok. Tapi timbul plak masalah lain.


Pic ni aku snap kelmarin (31.12.2008)



Pic terkini, baru snap pagi ni.

Tensionnya aku! Sakitnya sebab blister tu menegang dan area tepinya rasa gatal-gatal. Dekat jari manis tu pun sakit semacam jer. Jari tu memang takleh pakai. Tangan kiri aku memang rest jer 2-3 hari ni. Bergantung ngan tangan kanan jer. Dulu boleh gak makan guna fork & spoon tapi sejak semalam aku guna sudu jer. Tangan kiri aku sakit sangat bila nak pegang sesuatu. Nak ikat rambut pun adik aku tolong. Nak lilit tudung pun sakit. Semuanya kena guna tangan kanan semata-mata. Aku rasa macam orang cacat jer. Sedih sangat. Kalo Mr Hubby cakap macam-macam nak pujuk aku, mulalah air mataku bergenang. Kalo diam-diam mengenangkan nasib diri, mesti air mataku berlinang. Sedih sangat-sangat.

Dulu aku ada history alergik bila makan udang tapi bila aku dah tak makan sangat udang ,alergik aku ni ok. Makan belacan pun ok je. Tapi alergik tu berulang lagi bila aku makan lobster hari tu. Aku rasa la. Memang alergik lobster. No more explaination. Pasni aku nak check darah plak nak confirmkan masalah alergik yang aku ada. Selama ni aku ingat aku takde alergik apa-apa. Cuma udang jer la suatu ketika dulu. Uwaaa...! Patut ar aku benci udang.

Sepatutnya aku kena kerja hari ni, tapi aku rasa aku takleh nak gi kerja. Hari tu aku pergi bawak mak mertua aku pergi check up di hospital, Mr Hubby takleh nak bawak sebab ada MRI emergency case, aku tahan jer sakit kat tangan kiri dan kaki masa driving. Masa tu blister belom membengkak sangat tapi jari-jari kaki aku sakit jugak la kena tekan clutch. Hari ni aku rasa memang susah sangat la driving. Sakit tu bila nak tukar gear. Nak reverse pun susah bila kena pusing stereng. So semalam Mr Hubby bawak aku gi SGH check kat situ plak dan mintak sickleave. Doktor tu bagi sickleave on 1/2 Januari 2009. Aku ingatkan dia bagi Jumaat dan Isnin. Sob sob. Tapi takpe la, ada Sabtu dan Ahad. Hopefully penderitaanku akan berakhir ASAP. Amin.

Masa di SGH semalam aku kena injection. Masa nak injection tu takutnya. Mr Hubby coolkan aku, dia pun tak sampai hati nak injection aku, so dia biarkan jer MA tu injek kat pergelangan tangan aku. Pas injection tu tangan aku takde rasa apa, ye la dah masukkan dadah so takde ar rasa sakit. Tangan kiri aku pun dah boleh diluruskan. Sebelum ni asik 'menadah tangan kiri' jer aku. Sakit wooo. Tapi efeknya tak lama. Pas 2-3 jam dah menyengat balik tangan aku. Isk.

Doktor kat SGH nasihatkan aku continue dengan ubat-ubat Dr Kon tapi stopkan krim sapu yang dia bagi. Doktor kat SGH bagi aku krim sapu ni jer.





Ubat ni plak aku kena continue sebab aku dah start makan antibiotiknya. Lagipun kalo SGH bagi pil pun mesti kategori yang sama kot. Yang suh aku mengantuk. Patut ar aku cepat jer mengantuk sejak aku start ambil pil-pil ni. Aku ingatkan efek sleepy yang doktor cakap tu malam jer. Rupanya pil siang tu pun sama.

Doakan aku cepat sembuh yer. Bosan ar hidup cam ni. Aku tak bebas nak bergerak. Jalan pun slow jer. Kalo aku kerja ri ni aku rasa memang takleh pakai kasut. Sandal yang biasa aku pakai pun susah nak masuk kat jari-jari tu, semuanya ada gelembung-gelembung kecil. Sakit. Doakan aku yer.

p.s: Selamat tahun baru 2009!




Catat Ulasan