Rabu, Disember 30

Model Cilik




Makcik Iman praktis 'menembak' dengan D60nya. Takde keja la tuh. Nasib baik Ibu tak kenakan bayaran apa-apa tau. Al-maklum la si cilik jadi model terjun. Hu hu.


post signature

Selasa, Disember 29

Pemandu Haram 2

Entri ini adalah kesinambungan dari entri Pemandu Haram

Semalam tetiba kerajinan melanda diri, sibuk prepare barang-barang untuk masuk kerja, oh, ya, hari ni Ibu Iman dah mula bertugas balik selepas confinement leave selama 60 hari. Sesambil tu sorting barang-barang dalam drawer jugak. Belek-belek jugak la purse lama dan at last jumpa jugak driving licence Ibu Iman dalam salah satu purse. Huhu.

Rupanya sejak bertukar purse entah bulan berapa entah, Ibu Iman memang tak berlesen. Tau tak bila driving lesen tu expired? April 2009...! Hehe. Ni tinggal berapa jam lagi nak ke tahun 2010. Isk isk isk...

Mintak maaf ye Pak JPJ. Hehe. Pasni Ibu Iman renew 3 tahun lagi sekali dan lepas tu lupakan pasal lesen tu. Huhu.

post signature

Khamis, Disember 24

Akibatnya....

Insan kecil yang terabai akibat ibunya yang leka mengonlinekan diri untuk bloghopping, facebooking, downloading, bla-bla-ing. Inilah akibatnya....



Oh, kasihan anak Ibu. Insan kecil dan comel ni pun satu, lepas dapat 'ulat' mesti tido. Bila tido jer Ibu baringkan di sebelah Ibu. Ibu pulak sambung balik online. Mudahnya.



Sedap jer Iman Madihah tido. Kekadang dalam tido Iman senyum-senyum. Agaknya ni lah yang Iman senyumkan.


Sekpalah Ibu, Ibu main jak tenet puas-puas, lak Iman dah besar sikpat Ibu nak mentenet agik bah, Iman kaco Ibu, Iman tekan-tekan keyboard Ibu, Iman tarit kabel-kabel semua, Iman paksa Ibu layan Iman ajak. Keh keh keh. Mun mok tenet, Ibu mesti suruh Iman main game dolok. Hihihi.

Entahlah, sekarang ni dok sibuk bloghopping balik. Menjejak member-member blogger seperjuangan semasa mula-mula blogging dulu. Semuanya macam dah lost contact. Rindunya. Sesiapa yang mengenali blogger nagacute suatu ketika dahulu, beliaulah Ibu Iman sekarang.  

Hihihi. Jangan marah. Tu lah akibatnya suka sangat bertukar identiti.




post signature

Rabu, Disember 23

Pemandu Haram

Hari ni seperti biasa lepas hantar Ayah Iman pergi keja di muka pintu, Ibu dan Iman pun naik bilik semula. Iman takmo tidur tapi mata Ibu yang ngantok, Ibu plak yang tido. Hehehe. Bila Ibu dah terjaga Iman plak tido, apalagi Ibu pun sambung tido lagi la. Kat luar pun masih lembap, cuaca tak panas tak best plak nak membasuh. Huhu. Alasan si pemalas. Keh keh. Sedap-sedap lena diulit guling, hihi, Ayah Iman lak call. Ayah cakap hari ni dia dapat keluar coz Big Boss segala Boss takde, so dia ajak setelkan semua urusan rumah baru hari ni. Ye la, ye la, tapi malasnya, tu cakap dalam hati jer tu.

Seperti yang dijanjikan Ayah Iman pun sampai di umah tapi Ibu tak siap lagi, Dah malas tadi kan? Iman pun masih tido. Kesian Iman Ibu terpaksa kejutkan for susu time. Lepas tu baru Ibu bersiap, tak sampai 20 minit dah siap pon. Ibu siap kan tak lama. Hihi.

1st destinasi nak withdraw duit di RHB Satok. Nak tak nak memang terpaksa withdraw kat kaunter sebab nak withdraw amaun yang besar. Sampai jer di RHB, cek purse, IC plak terlupa nak ambik dari bapak. Waduh waduh, gawat. Dah la nak withdraw banyak tak bawak IC lak tu, confirm memang tak lepas. Pergi tanya kat staff kat situ, ya, memang benar, mesti tunjuk IC or driving lesen. Belek lagi purse. Oh, di mana driving lesen Ibu? Carik punya carik, selongkar punya selongkar memang sah driving lesen takde dalam purse. Di mana agaknya ya? Puas Ibu Iman fikir tapi tak ingat bila kali terakhir Ibu mengeluarkan bendalah tersebut dari purse. Isk isk isk.. memang gawat. Menyusahkan betul.

Rupa-rupanya selama ni Ibu Iman jadi pemandu haram, memandu tanpa lesen. Dah la ulang-alik Kuching-Bau-Kuching masa gi kerja.

Dah carik dalam drawer, dalam purse lama semuanya takde. Ke mana la agaknya driving lesen Ibu yek?


post signature

Selasa, Disember 22

Menghitung Hari

Oh, cepatnya masa berlalu. Cuti confinement tinggal seminggu jer lagi. Selasa depan dah mula bertugas. Nasib baik la budak-budak dah start bercuti so takde la sibuk dengan kelas tapi sayangnya tak boleh nak sambung cuti. Ye la kerja setakat 4 hari jer sebelum new year. Sob sob..

Colleague yang lain sedang bercuti sakan semasa saya baru jer terkedek-kedek nak masuk ofis setelah 2 bulan mengeram di rumah. Pastinya berhantu lah ofis nanti, hanya tinggal ofis admin jer yang berpenghuni. Nasib baik la bilik saya selevel dengan pejabat admin, kalo tak, tak tau la camne. Maunya cabut awal. Huhuhu.

Seperti dah menjadi kebiasaan selepas bercuti panjang, harus ada sepersalinan baju hingga la ke kasut baru. Kebetulan YES sekarang ni. Harus membeli baju kerja baru.

Dah ada kemeja baru. Yeay! Kalo tak sale, saya tak beli. Hihi. Dan kemeja baru boleh dipadankan dengan skirt yang lama. Lama pun tak selalu pakai hari tu sebab dah pregnant, tak muat dah. Saya pun hampir lupa kewujudan skirt grey nih. Hihi.

Kain pasang juga dah beli 2 pasang, yang biru dan coklat. Yang merah dah beli sebelum pregnant tapi tak sempat nak buat, yang hijau lumut pulak pemberian makcik semasa majlis kawen tahun lepas. Haha. Memang lama 2 pasang kain ni dok bersembunyi dalam almari. Dah keluar dah anak dalam perut tapi kain hadiah kawen tak buat lagi. Huhu. Ada 1 lagi kain batik Terengganu yang dibeli di Pasar Payang masa kursus induksi di KT bulan 5 dulu dalam almari. Nanti-nanti la buat. Baju batik eksklusif jarang nak pakai masa kerja, pakai masa ada formal occasion jer. Awal-awal tahun belum lagi ada 'panggilan-panggilan' rasmi. Hopefully la.

Last but not least, shawl kulit harimau ni. Ngaumm.. Cantik jer nengok, nampak unik. terus sambar. Hehehe. Semestinya kena prepare awal in case kesejukan walaupun dah pakai blazer. Lepas bersalin kan, stokin kena la pakai. Even masa ikut Ayah Iman pergi dinner pun pakai stokin. Kaki kat bawah meja, orang lain tak nampak. Lantaklah janji tak meroyan. Kena dengar cakap Mak.

Dan misi seterusnya.... KASUT. Hi hi hi.


post signature

Ahad, Disember 20

Bertunang & Doa Selamat

2 Muharam - my sister IL bertunang, bertunang ala kadar jak, dengan urang Melaya. Urang jauh. Mun diekot kita sitok sebenarnya bertekol. Ya la sikda berantar papa. Plan masa nikah kelak baruk berantar. Trend urang kinek tok, sama macam Ayah & Ibu Iman juak dolok. Hehe.


Sambil nyelam minum air, pak mentua nyuruh tepung tawar Iman sekali. On jak lah.

Chik Iman pun sekali tepung tawar lepas bersunat. (Chik = Adik Ibu Iman)

Ayah Iman mok Iman pakei gaun bunga kecik-kecik cam urang besar. Angol juak la rasa bercarik ngan gaun kacak macam urang besar pakei Iman. Mala jak sikda saiz 0-6. Bila nemu rah WOC terus dirembat. Sekda masa nak bercarik lagik. Dah la Ibu Iman sikda keta nak bergerak sia sitok.

Iman dah dekat nak 2 bulan dah. Tuija anak Ibu tok.

Buah hati Ibu. Gerammm..

Buah hati pengarang jantung Ayah dan Ibu.

Dan.. pengantin lama versi 2009. Ahaks. Nasib bait baju nikah masih sedang. Huhu.

post signature

Home Sweet Home version 1



Progress rumah kami setakat ni.

post signature

Jumaat, Disember 18

Semuanya untuk Jai-Ho

Sempena 1st anniversary Ayah dan Ibu Iman.

Stroller untuk Iman Madihah. Pergi bawak Iman pergi The Spring dan terus rembat stroller kat Anakku. Sekarang dah boleh bawak Iman jalan-jalan dengan jayanya dengan stroller ni. Kat depan umah pun jadi lah. Kan Iman sayang kan?

Seagate external hardisk 320GB untuk Ibu Iman. Puas hati. Kaler merah lagi. Haha.

HP notebook untuk Ayah Iman.

Cinonet jer HP Ayah Iman. Tapi Ibu Iman takde rasa jeles pon. Huhu.

Dan makan-makan. Dah lama Ibu Iman mengidam nak makan chicken chop. Kesian kan? Berat badan sekarang masih maintain 44kg, sama seperti lepas kawen dulu. Nak tambah lagi ke nak maintain? Tak tau lagi ni.


Hmm... Nothing special just basic things. Benda yang diguna sehari-hari. Semuanya keperluan bukan kehendak. Yang penting Iman Madihah. Iman Madihah. Iman Madihah. Hehehe. Angau dengan anak sendiri plak.

post signature

Ahad, Disember 13

365 hari Anugerah Terindah

13 Disember 2009 genap 365 hari Ibu dan Ayah Iman bergelar suami dan isteri. Setahun yang lepas, hari ni kami telah diijabkabulkan dan menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Alhamdulillah 365 hari usia perkahwinan kami, kami juga telah dianugerahkan dengan anugerah terindah Iman Madihah yang berusia 45 hari. Alhamdulillah, sujud syukur Ayah dan Ibu Iman kepada Allah SWT di atas kurniaNYA. Semoga kami hidup berbahagia hingga ke hujung nyawa.

Happy 1st Anniversary, Sayang.


post signature


Sabtu, Disember 12

Dari KK ke Sukmaville

Tadaaa.... ada pos ekspress dari kawan lamak koh.

First of all, nak say sorry to Puan Odah sebab Ibu Iman baruk ada masa nak update blog. Buku & gift yang kitak pos dah sampei ari Jumaat ria gik sebenarnya. Thanks a lot. Makseh banyak-banyak.

Gambar dicilok dari FB Odah. Mintak mahap sebab cilok tanpa kebenaran.

Actually Odah tok ialah my ex-classmate masa di Kolej Abdillah dolok. Dari form 1 sampei form 3 mek 2 sekelas. Nya ialah orang pertama yang ditegur masa form 1. Ingat sik Odah? Hehehe. Nektok nya dah jadi Cikgu Odah koh, ngajar di KK sinun.

Odah patut jadi contoh kepada ibu-ibu yang lain sebab nya dah berjaya breastfeed babynya secara eksklusif walaupun gago ngajar di sekolah. Anak ke-2 kitak start nak Odah? So ya la nya merik support nyuruh geng-geng nya exclusively breastfeed nektok. Dan nya berik buku "Panduan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya" pakei Ibu Iman. Sik lupak juak nya ada gift juak pakei Iman koh which is cloth diaper ataupun lampin moden warna pink. Makseh Odah. Selamak tok mek nangga jak lam magazine & online shopping blog, hari Jemat ya tek baruk nangga idup-idup. Gia duhal rupanya. Tapi masih komfius juak camne cara nak makei. Mun baby berak nak ka kotor insert ya. Menjadi tanda tanya seluruh isi umah. Hehehe.

Anyway, makseh Odah for the sharing. Semoga kitak mojor joros beranak anak ke-3. Insya Allah.


post signature

Khamis, Disember 10

Nenek Kebaya


Ingat Nek Putih? Ingat Samsiah? Ingat Adam? Ingat? Haa.. mesti ingat Nenek Kebaya. Dah abis pun drama bersiri di TV3 tuh. Layan beb ceta tuh sebabnya Ibu Iman dok umah. Kalo keja, takde masanya nak nengok tv. Lagipun Ibu Iman memang bukan kaki tv tapi sekarang banyak ceta kat tv yang Ibu Iman dah tau & follow. Hehehe.

Penangan Nenek Kebaya, Ayah Iman selalu jer balik lambat. Nak tunggu ceta Nenek Kebaya habis 5.30 pm baru balik umah. Sanggup tu. Ibu Iman iyakan ajer bila Ayah Iman call gitau nak balik lambat sebab nak tengok Nenek Kebaya.

Ibu Iman akan tengok Nenek Kebaya sebanyak 2x sehari. Sekalinya pada sebelah petang di TV3 dan sekali lagi siaran ulangan di TV9 jam 8.30. Ye la, mak dan adik-adik semuanya kerja tak sempat nengok pada sebelah petang. Huhu.

Suka plak Ibu Iman nengok lakonan Diana Rafar dan Raisuddin Hamzah dalam ceta tu. Amyza Adnan yang selalunya memegang watak antagonis pun jadi baik lam ceta tu. Kredit kepada penerbit Nenek Kebaya iaitu Rosyam Nor dan isteri.

Cucu Betong sekarang Ibu Iman tak layan sebab tak pernah pun tengok Anak Betong. Tak tau pun hujung pangkal ceta. Lagipun kalo dilayan nanti susah plak nak keluar umah, melekat depan tv jer. Maklum ler kan orang dah nak abis pantang ni. Huhu.


post signature

Rabu, Disember 9

Bad Day

8 Disember 2009, Persona Encik Suami kena pecah di parking area Dewan Tun Abdul Razak. Cermin sebelah passenger yang pecah. Apa yang hilang? Spec Encik Suami dan spec saya, beserta boxnya sekali. Couple spec tu. Huhu. Camne nak amik radio & CD player dalam Persona? Confirm la tak dapat beb. Apa la punya pencurik. Nampaknya pasni kena beli spec baru la untuk driving.

Kelisa plak kehilangan rim cap, entah di mana adik saya tak tau. Ooops... adik yang pakai keta g keja semenjak 2 menjak saya confinement. Dah ler lupa nak servis. Memang dasar perempuan la. Tau pakai jer kereta. 1 hape tentang kereta pun tak amik tau.


post signature

Isnin, Disember 7

Stok stok

Nektok tengah nak molah stok susu memandangkan sik lamak gik nak kerja tapi masih bingong gine nak nyimpan susu-susu yang dah diperah ya. Adakah mok disimpan lam freezer terus? Selalunya simpan di bahagian dibah jak sebab akan diberik ngan Iman dalam masa sehari jak. Takut indah susu ya sik fresh alu basik. Tapi nurse madah/melalui pembacaan stok susu tahan 6 bulan mun disimpan lam freezer.

Gine sebenarnya oh? Odah tolong lok. Kitak kan excluxively BF baby kitak nak?

Pasya susu yang dah diperah ya gine cara nyimpan nya. Contohnya sekali pam dapat 2 auns. Pasya terus simpan lam freezer ka? Or susu yang kita pam sehari tok leh dicampur? Retinya kita akan dapat 1 botol untuk 6.12.2009 (5x perah). Contoh nya lah.

Ada juak google info tentang breastfeeding tok, baca rah mags tapi mok juak tauk pengalaman kitak orang yang baca blog tok.


post signature

Rabu, Disember 2

Iman suka ngulat

Bingong juak bila Iman sik maok nyusu botol. Dah la sebulan gik cuti tok. Tetiba jak nya nulak susu botol bila nya dah sebulan ari ya tek. Tuija juak anak Ibu tok eh. Mun urang lain embak sikda nya berolah tapi mun Ibu embak mesti nya nangis, palak nya terus mencarik 'sasaran'. Nampak gaya macam anak Ibu tok dah pandei encerik tangan. Ibu embak jak mesti nak ngulat, Ibu dokong nya jak mesti nak ngulat.

Iman.. Iman... geram na Ibu ngan nya.

post signature

Selasa, Disember 1

Kesayangan Saya

Bila nangga Iman kat pangkuk tok, rasa cam sik cayak jak yang saya dah bergelar 'Ibu' dan dah ada anak rempuan. Aih? Tengah malam pun masih online? Iman berolah mintak embak sebab siang tadi nya pas injection then BCGnya pun baruk nak jadi. Tedahnya. Mun sik, sikda juak anak tok berolah.

Iman nektok dah pandei nak coba berkomunikasi ngan urang. Mun embak nya kelakar mesti layap jak matanya merati kita. Pasya tetak nya. Mun urang nunggah nya, berbelit jak palak nya ngepung mun urang ya dah berjalan. Rasa cam sik cayak jak cepat da masa berlalu.

Sik tauk gine rasa bila ninggal Iman bila dah turun keja kelak. Hmm.. Iman pun dah tido tok so saya pun mau tido tapi sejam gik mesti nya bangun gik nak ngulat.

Dan presenting lagu tema Iman Madihah.

Masa masih di Mat 1 Ward gik dah dodoi Iman ngan lagu tok.


post signature

Isnin, November 30

30 hari


Iman Madihah dah sebulan.
Dah 4.5 kg dah.
Ari tok nya kena injek Hepatitis B.
Nyerin ada jak sora rempuan ya nangis.
Muka alu merah padam.
Sib bait kejap jak nya nangis.
Pas sumbat ngan susu Ibu alu diam.

Iman.. Iman... cepat besar nak ah.


post signature

Jumaat, November 27

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha
Sekda prepare apa pun untuk beraya
Al-maklum masih dalam 'ari'
Nak tolong bermasak pun sik dapat
Bukan sik dapat, dapat sebenarnya tapi dah pantang tek nak?
Hehehe
Bukan selalu sik ke dapur oi
Seperti biasa Mak akan masak kari kambin
Nyuruh terliur jak nangga kambin
Mak masak kurma ayam jak pakei urang amben
Ooo tedah..

Sik terpikir pun nak prepare baju raya k Iman dolok
Dolok sik banyak pun beli baju
Pakei baju dibeli auntie nya jak la
Dah survei-survei juak baju online
Tapi lom nemu yang sesuai
Kejeron juak la rasa nak shopping baju Iman tok
Baju baby girl cute-cute jak eh
Geram nangga
Rasa semua maok
Hihihi

Last but not least
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1430H
Renung-renungkanlah apa pengorbanan yang dah dilakukan oleh dirik kita pun


post signature

Isnin, November 23

Hipokrit itu kadang-kadang PERLU

Aku tok mun dah sik suka ngan urang, sik ku suka.
Tapi yang teruknya aku masih dapat bersabar.
Masih dapat ku nak 'berpura-pura' depan urang ya.
Sebenarnya aku sik suka hipokrit kedak ya.
Tapi in real life kekadang hipokrit ya perlu juak.


post signature