Selasa, Disember 2

Di mana nak ku cari?

Sekarang kan musim sibuk.
Kat ofis, sibuk.
Kat umah, pun sibuk.

Setiap petang.
On the way balik dari ofis ke umah.
Automatically otak dah terswing fikir hal persiapan kawen.
Kerja dah takde erti dah bawak balik umah.
Memang takkan sentuh pun.

Sebelah malamnya aku kena tulis kad jemputan.
Aku memang dah tak kuasa fikir hal kerja lagi dah!




Baju sanding dah hampir siap.



Tapi kan.
Tetiba tengkolok pulak tak cukup dah.
Hancus gila mood aku.
Nak carik katne songket tu di Kuching nih?
Aku dah carik di India Street tadi.
Haa... tadi aku kuar jap carik quotation.
Pastu pepandai la.
Kalo tak memang takde masa.

Kat India Street tadi aku terus gi kedai Jasmine.
Kat situ jer ada jual songket tabur.
Ke hulu ke hilir la aku bawak beg plastik Jakel.



Dekat Jasmine aku terus naik tingkat atas.
Pegi tempat songket tabur tuh.
Aku penah nengok kat situ dulu sebab tu aku tau.
Tapi bila nengok kaler, tone yang ada kat kedai tu,
Tak sama dengan tone songket tunang aku.
Pastu aku keluar masuk kedai-kedai India kat situ.
Semuanya tak ada.
Yang ada pun bukan songket tabur.

Aku tak tau camne nih?
Jaket dah siap, cuma tengkolok dan sampin jer belum.
Kalo buat sampin, tengkolok takde.
Kalo buat tengkolok, sampin takde.


:mPening:

Bikin pusing kepala saja.
Sesiapa yang boleh bagi idea kat aku?

p.s:
kad akan menyusul kepada blogger di sekitar kuching.
set 1 masa boleh mek pass kad ngan kitak orang
tinggal no hp kitak orang lam komen
mek sik akan approve
TQ

Catat Ulasan