Selasa, Disember 30

Aku Yang Baru

Ya, the new me!

Ignorekan aku yang freehair sebab aku pakai rambut palsu. Huhuhu.


Alhamdulillah majlis akad nikah dan persandingan ku pada 13 & 14 Disember yang lalu dipermudahkan Allah SWT. Banyak kenangan manis yang tercipta sepanjang kami menjadi raja sehari. Aku sendiri tak menyangka dengan persiapan kami yang ala-kadar, majlisku menjadi semeriah sebegitu. Ramai jemputan yang hadir. Makanan dari catering pun cukup-cukup saja. Ada balance sikit untuk disedekahkan kepada jirang tetangga. Alhamdulillah, tiada pembaziran yang melampau. Syukur kepada Tuhan. :mLove:





Kehidupan bergelar isteri agak berubah sedikit berbanding ketika masih bujang. Tapi yang seronoknya, dia yang tersayang selalu ada di depan mata. :mGelak: Henfon pun dah tak hirau dah. Ye la nak sms apa kalo dah ada di depan mata kan? Hehehe. Henfon, ko pi main jauh-jauh yer, aku dah ada hubby aku depan mata aku dah, nanti masa travelling baru aku guna ko lagi. Huhuhu.



Jeng jeng jeng..... :mGuilty:Justify Full

Bila dah kahwin, for sure akan dapat roomate baru, :mNo: berlainan jantina lagi tu. Mula-mula tu memang la agak janggal. Ye la, malu-malu kucing lagi tu. Pastu, tidur malam plak dah ada orang peluk. Oops.. huhuhu. Yang dah kahwin jer boleh buat macam ni tau. Yang belum kahwin tu, sila tutup mata dan jangan imagine. Wakakaka. Kalo nak imagine gak, cepat-cepat masuk meminang dan isi borang kahwin. :mKening: Huhuhu.



Bila dah kahwin, kena siapkan baju kerja hubby, iron lagi, sediakan kelengkapan harian dia, sediakan kasut kerja, basuh baju, sediakan sarapan, masak, tunggu hubby balik kerja, salam tangan dia, sediakan air bila balik kerja, dan layan dia bila malam menjelmakan diri. Oooops... I did it again! Sorry.. :mBerangan:




Lepas kahwin ni, life ok sket. Kalo nak kuar dating nak balik jam berapa pun tak kisah. Takde orang nak marah. Nak pegang-pegang tangan depan khalayak ramai pun dah takde segan-silu dah. Dulu pun ada gak pegang tangan tapi rasa malu tu tetap ada, ye la belum ada ikatan apa-apa lagi kan. Ha, nak kutuk aku pegang tangan sebelum kahwin? Kutuk lah. Aku mengaku aku bukannya alim sangat pun. :mWekk:



Kawan-kawan yang sudah mempunyai calon tapi belum berkahwin, berkahwin lah secepat mungkin. Jangan tunggu lama-lama. Insya Allah kehidupan selepas berkahwin memang lebih menenangkan kalo betul dengan caranya. Insya Allah.




Catat Ulasan