Khamis, November 6

Kerna Ku Sayang Kamu

Aku sayang dia.

:mLove:

Orang kata dia dah gemok.
Tapi bagi aku cuma berisi.
Tapi bila orang lain cakap gemok.
Aku risau jugak.
Ye la kan tak lama lagi nak tu kan.

:mHurm:

Dulu dia pernah tanya aku.
Dia gemok ke?
Aku jawab la, "gemok".
Gemok la jugak berbanding dulu.
Pastu, "iboh padah mek gemok, lak gemok mena-mena"
Dia jawab dengan sedihnya.
Dah dia tanya kan?
Pastu aku tak cakap lagi dah.
Tapi dia memang berisi lah berbanding masa aku kenal dia dulu.

Masalahnya sekarang.
Aku nak suruh dia diet.
Tapi tak sampai hati pulak.
Dah rasa nak makan kan.
Takkan nak tahan-tahan.

Dia sendiri pun ada cakap.
Jangan bagi dia makan.
Masalahnya aku pun suka makan.
Macam mana ni?
Takkan aku makan sorang-sorang?
Kalo dah tu nanti.
Orang umah aku semua makan.
Takkan aku nak halang dia makan lak.
Isteri yang kijam la aku.
Durhaka lak tu.
Tak bertanggungjawab.
Tak bagi laki makan.
Ada ke patut?

:mSad:

Aku tak sampai hati la nak larang dia makan.
Tapi bagi aku dia takde lah gemok sangat pun.
Maybe sebab aku selalu nengok dia.
Tu yang tak perasan.
Tapi akak-akak kat department dia cakap dia gemok.
Aku pun risau.
Tapi aku tak tau la dia risau ke tak.

Serba-salah jugak sebenarnya.
Kalo kuar jumpa dia mesti makan.
Tapi start bulan ni aku takmo sangat jumpa dia dah.
Tapi bila dia kata nak jumpa, aku jadi kesian.
Sedih jer.
Tak sampai hati.
Makanya..
Aku jumpa jugak si dia kesayangan.
:mRempit:

Tolong jangan marah aku ek.
Sebab aku sayang dia.
Banyak-banyak.
Pasir-pasir.
:mKening:
Phewiiiit...!

Catat Ulasan