Ahad, November 2

Kecelaruan Emosi

Sekarang saya merasakan 48 jam cuti di hujung minggu sangat tidak mencukupi. Saya risau sangat-sangat. Walaupun persiapan untuk hari tu dah dibuat sejak dulu-dulu lagi tapi bila sekarang, ada je benda yang tak complete, saya dah gabra semacam dah. Air mata jer tak keluar lagi. Sungguh cengeng kan? Dulu masa buat thesis final year project, pernah masa nak print thesis tu, printer plak buat hal, bolehnya saya terus nanges dan bila nanges, printer tu pun boleh print. Ajaib sungguh air mata ku ini kan?

Terasa nak jer masa cepat berlalu. Biar hari tu berlalu dengan cepat. Dah tak larat dah nak pikir segala persiapan ni lagi. Selagi hari tu tak tiba selagi tu lah persiapan tak pernah selesai.

Hari tu saya impikan semuanya perfect. Sempurna. Tapi, kita hanya merancang, DIA jua yang menentukan. Saya sangat takut memikirkan hari itu. Kita nak macam tu, plan macam tu, tetiba jadinya nanti macam ni, takutnya. Hari tu sekali jer seumur hidup, kalo boleh nak ingat hari tu sepanjang hidup kita. Takkan nak rewind balik hari tu. Tak mungkin nak kembali ke past tense. Ini bukan dunia Doraemon.

Saya merasakan emosi saya sangat tidak stabil sekarang. Saya sangat mudah terasa, kecil hati. Kadang-kadang takde mood nak layan dia. Saya dah elakkan jarang jumpa dia memandangkan dah tak lama lagi tibanya hari tu tapi siapa kata kalau tak jumpa tak boleh ada perselisihan faham? Saya jarang sekali mengamuk sebab saya selalu simpan dalam hati, tapi sakitnya simpan dalam hati ni Tuhan saje yang tau. Saya cuma akan luahkan bila saya rasa betul-betul bersedia untuk membincangkan perkara itu.

Dan nasib baik dia memahami. Dia tak mudah melenting. Dia sangat matang dalam menangani kecelaruan emosi saya ini. Terima kasih Dia.

Entahlah, sik tauk nak madah apa gik. Kamek sayang kitak.



Catat Ulasan