Khamis, November 27

Doraemon & Mimyara Part 3


Mana Doraemon ni? Kenapa Doraemon tak datang selamatkan saya? Doraemon...!! Akhirnya aku tertidur.

Seawal jam 6.30 pagi aku terjaga apabila kedengaran suara orang berbual-bual. Rupa-rupanya aku tertidur di dalam bilik kelas. Tapi yang hairannya mereka tidak mengendahkan aku yang duduk di sebelah mereka. Kenapa ya? Aku cuba mendekati mereka, Normah.

"Nor, Nor". Masih jugak tak mengendahkan aku. Kenapa ni? Adakah aku dah jadi halimunan?? Oh, tidakkkkkk!!!!

Aku mencuba lagi. Aku menarik tudung Nor, sedikit. Tetapi dia tak marah pun. Dia cuma membetulkan tudungnya tanpa memperdulikan aku. Doraemonnnnn!!!! Jeritku dalam hati lagi.

Lepas tu mereka di dalam kelas sibuk membincangkan kerja rumah Add Maths Cikgu Cheam sampailah loceng berbunyi.

Bosan lah. Doraemonnnnnnnnnnn!!! Nak balikkkkkk.....!!!



"Mimyara. Hehehe". Tetiba ada suara halus yang tak berapa nak cute (empeyak kata urang Serawak) kedengaran menyapaku. Aku mencari-cari suara tersebut.

Tiba-tiba...

"Doraemon..", sayu suaraku melihatkan Doraemon berada di belakangku. "Kenapa lambat?"

"Ha.. itulah awak, hari tu tak sabar-sabar". Doraemon mentertawakan aku. Ciss.. tak guna punya Doraemon.

"Doraemon, awak tak tau kenapa saya nak kembali ke zaman ni."

"Hah, kenapa? Awak tak bagitau mana la saya tau."

"Doraemon ni main-main pulak". Aku buat-buat merajuk.

"Alalalala... merajuk pulak dah. Ceritalah".

bersambung...

Catat Ulasan