Selasa, November 11

Doraemon & Mimyara Part 2

Aku di mana ni?. Aku melilau-lilau memerhati suasana di sekelilingku. Aku menggosok-gosok mata. Eh, binatang apa tu? Macam.. macam.. macam dinosaur lah! Biar benar. Alamak! Doraemon!!!. Terdengar tangisan seorang perempuan. Kuat dan nyaring. Doraemonnn!! Aku menjerit memanggil Doraemon. Tiba-tiba. Hujan turun. Tapi kenapa Dinosaur tu tak lari? Dan hujan semakin lebat. Dinosaur tu kaku tak bergerak. Aku yang sudah kebasahan mendekati ke arah sang Dinosaur. Dekat dan semakin dekat. Rupa-rupanya... Ek eleh.. dinosaur batu rupanya. Tertipu aku. Cheh!. Buang masa aku jer menangis panggil Doraemon. Kemudian aku terus berlari ke arah Dewan Makan. Ya, dewan makan. Aku ingat lagi bangunan itu. Aku duduk di meja di situ. Sunyi sepi. Aku semakin kesejukan. Tiba-tiba.

"Hah, apa awak polah di sitok?!". Seorang lelaki pertengahan umur menegurku. Siapa ya? Aku cuba mengingati kembali wajah itu. Oh, Cikgu Madzalan! Hehehe. Seorang yang soft-spoken, jarang marah, suka tersenyum. Kitak ngajar mek apa Cikgu ooh? KH form 3 kali, molah kerja kayu. Hehehe. Dapat A oi! Ok lah ya. Ne gik cikgu lain tok?

"Aih, awak bebek kah?", tanyanya lagi. Aku blur. Kamek bukan carik kitak Cikgu. Aku bingkas bangun dan terus meninggalkan Cikgu Madzalan. Sorry Gu!. Hehehe. Jom gi blok kelas.

Hari beransur malam tapi blok kelas sudah terang-benderang. Biasalah, mana boleh gelap-gelita kan? Aku terus masuk ke kelas itu. Ya! Kelas itu. Dan meja ku. Di hadapan sekali, di tepi pintu. Teringat masa Kimia, Cikgu Al sedang mengajar, tapi aku sibuk membuat kerja rumah Add Maths.

"Mimyara, boleh tolong stop sekejap tak? Dengar saya bercakap". Terkebil-kebil matanya sambil di tangan memegang pembaris panjang.

Adeh. Kenapa la aku degil sangat bila kelas Kimia ni. Masa lab aku sibuk nak bercakap dengan Nor, dengan Fazilah, dengan Apis. Sorry Abang Al. Ooops... gelaran geng ku kepada Cikgu Al. Boleh Cikgu kami panggil Abang. Isk.. Tapi, Cikgu Al ni sangat penyabar orangnya. Bukan geng-geng aku jer suka mengacau dia malahan kelas-kelas lain pun suka menyakat Abang Al ni. Ye la.. dia ni orang Kelate, cakap pun pekat la dengan bahasa pantai timurnya. Gas bromin jadi gas broming. Apalagi, budak-budak laki memang gelak habis la. Kesian Cikgu Alias. Saya menyesal Cikgu! Menyesal! Maafkan saya!

Doraemon! Saya nak balik! Doraemon! Tolong la!!

bersambung...




Catat Ulasan