Selasa, November 11

Doraemon & Mimyara Part 1




Sekiranyalah Doraemon memang wujud kat dunia ni. Aku nak kembali lagi ke zaman sekolah menengah dulu.

"Boleh tak Doraemon??", ala-ala manja gitu aku mintak kat Doraemon. Kenapa Doraemon ni? Buat-buat tak dengar pulak, gerutuku dalam hati.

"Doraemon! Dengar tak???", jeritku marah.

"Hah, apa awak nak lagi ni Mimyara", gertak Doraemon.

"Ala, Doraemon, awak ni kedekut la. Saya cuma nak kembali ke zaman sekolah menengah", rayuku lagi meminta simpati.

"Awak ni. Macam-macam je lah. Tak boleh lah", balas Doraemon.

"Doraemon!!! Saya nak jugak! Nak jugak! Awak nak Dorayaki tak?", umpanku.

"Nak! Nak! Nak!". Hahaha. Laju jer ko jawab ye Doraemon. Aku tersenyum puas.

"Tapi dengan 1 syarat." Aku membalas sambil mengenyitkan mata.

"Ha.. ye lah, ye lah". Yeay! Doraemon dah mengalah, jeritku dalam hati. Aku tersenyum kegembiraan.

"Cepatlah Doraemon! Keluarkanlah alat tu!". Aku mula mendesak.

"Awak ni tak reti sabar ke Mimyara?!" Eh, Doraemon marah lah. Cute pulak makhluk ni bila marah. Muahahaha. Makhluk ke ko Doraemon? Wakakaka. Aku cuma gelak dalam hati jer melihat Doraemon menahan amarahnya.

"Mesin merentas masa!". Doraemon mengeluarkan sesuatu dari poket ajaibnya.



"Yeay!". Aku bersorak keriangan.

"Cepatlah, saya dah tak sabar lagi ni Doraemon. Macam biasa eh? Bye Doraemon! Sampaikan salam sayang saya pada Mama!". Aku terus merampas topi yang seakan-akan topi Gladiator berperisai itu dari tangan bulat Doraemon dan menekan punat hijau dan zasssstttt......!

"Mimyara.....! Tunggu....!." Sayup-sayup kedengaran suara Doraemon menahanku tapi aku dah selamat merentas masa ke zaman sekolah menengah. Bye Doraemon. Hehehehe. Aku tersenyum nakal.

Bersambung.....

Catat Ulasan