Pages

Aku cinta pada mu.. oh blog!

Aku tak tau sampai bila aku akan terus menjadi hamba kepada blogger.com? Yang pastinya aku akan terus menghapdet dan menghapdet. Kalo takde story, pasti aku akan cari jugak story untuk dihapdet. Kekadang masa driving nak gi work atau balik dari work, mulalah timbul idea-idea untuk aku jadikan entri. Tapi, bila dah depan lappy, malasnya nak menaip.

Macam mana aku dapat idea untuk menghapdet blog?

Selalunya aku suka hapdet story about work, pasal environment kerja aku. Pasal boss aku, pasal student aku, pasal tekanan kerja aku. Aku kerja ngan manusia. Bila dah kerja dengan manusia, paham-paham jer la. Pengurusan emosi tu penting. Aku mengakui aku kurang bijak dalam bab emosi ni. Salah sikit, aku marah, aku hangin. Tapi over sangat marah, aku rasa nak menangis. Kekadang aku malas nak marah anak orang, aku biar je lah. Tapi bila dibiarkan aku rasa macam makan gaji buta pulak. Tapi diorang dah besar boleh la fikir sendiri. Takkan nak kena marah hari-hari. Kesimpulannya baik aku lepaskan kemarahan aku di blog jer. Lagi bagus.

Boss aku pun selalu kena maki kat blog ni. Sebabnya dah namanya Boss takkan aku nak lawan cakap dia pulak. Semuanya di tangan Boss. Tapi so far aku belum lagi nanges kena marah Boss. Aku ni sambil lewa jugak buat kerja. Bukan tak pernah kena tegur Boss, pernah, tapi aku ni, entah lah. Benda yang aku tak suka buat, aku kena arahkan buat, memang aku tak suka lah nak buat. So aku buat sambil lewa jer. Hasilnya memang tak best tapi Boss aku pun satu hal. Dia ni tak suka dengar pendapat anak buahnya. Ingat aku suka buat kerja sambil lewa? Mestilah tak suka. Takde kepuasan. Tapi idea aku tak pernah nak boleh pakai. Bosannya. Asik nak kena dengar cakap dia jer. Boring lah. Nak buat itu, nak buat ini, ada jer tak bagusnya. Aku nak jugak perubahan. Baru nampak aku buat kerja. Tapi? Boss aku tu la. Gunakan kuasa veto dia jer. Bih baik aku takyah bagi idea, ikut jer cakap dia, dan buat sambil lewa! Har har har. Sungguh la anak harimau.

Lagi idea?

Mesti la pasal si dia kesayangan aku. Aku ni kalo orang Sarawak cakap, pengingga. Aku tak reti nak express kasih-sayang aku even kat orang yang aku sayang. Tu dulu la. Sekarang ni sejak bertunangan dengan si dia, aku belajar la nak appreciate dia sebab dia benar-benar appreciate aku seadanya aku ni. Biasa la dalam bercinta, berkasih-sayang ni mesti ada give-and-take. Kan? Dah dia cakap "Love you" so aku belajar jugak la menjawab "Love you too". Aku belajar untuk mengenepikan sikap egois. Ala.. bukannya rugi pun. Bahagia lagi ada. Mek tauk kitak baca tok Yang. Sebenarnya kamek banyak gilak belajar dari kitak. Dan kitak memang banyak mengajar kamek erti kehidupan tok. Thanks Yang ah. Mek sayang kitak sampei bila-bila. Cinta mati sama lu. Huhuhu.

Dan? Apa lagi?

Rasanya blog aku sememanganya berkisar tentang work aku jer. Budak-budak zaman sekarang. Biasa la. Tanpa diorang mesti aku takde idea jugak nak hapdet blog ni. Hehehehe.

Makanya.

Sayangilah blog anda.

Blog ni kan macam sahabat karib. Banyak sangat rahsia yang dia simpan. Kan blog kan? Hmmm... Kalo lah blog ni berperasaan. Kalau lah......


Kakmim

Blogger since 2008. On off blogger since 2013. Blogging is my passion. Now and forever.

6 comments:

Adry said...

aku sayang sangat ngan blog aku.. hehehe

Adry @ http://www.adrysabry.com

khairul azman onggon said...

Ahaks.. bagus apa ya.. blog tok bukan sekadar penulisan semata-mata tapi utk meluahkan perasaan yg terpendam, luahkan emo kita.. Ngumpat boss kita eheks eheks..

~ mizzAmy ~ said...

~ kalau la blog ade perasaan kan best? hehehehehe...

betul la mc, kat blog nih segala benda kita boleh luahkan. ala2 diary la kan. amy pun sayang ngan blog amy tuh.. :) ~

Anonymous said...

wahh~~situasi ktk keja ya sama ngan kmk la~~uhuhu~~p nasib bosh mek sik marah~~cuma ya la tek~~nya mok pa yg nya mok~~apa yg disuggest memang confirm ditolak~~tp nya tolak dgn cara yg bgs baa~~ya kmk respect ngannya~~ :P but somehow we feel that idea yg kita ada teroks aie~~langsong sekda potensi~~down eh :(

[ LADYKiKi] said...

hahhaha sikpa.blog tokberperasaan bila nyawa anda yang lain terus sokong..cehhhh hahaha

best suka mek baca tek.. heheh

mim.ya.ra.alif said...

adry,
aku pun sama.. hehehe

onggon,
mengumpat bos, ya harus! hahaha

amy,
kalau lah.. mcm best... entah2 salu kena marah sebab suka na ngumpat.. ahahhaa

achika,
ya lah.. xpandei nk appreciate langsung.. ne ndak down ooh..

kiki,
nyawa? mun dah bernyawa.. idup lah nya... hahahhaa