Syawal-8

Minggu ni ramai yang dah kembali bertugas, budak-budak pun dah kembali ke sekolah, aku? masih lagi bercuti. Hehehe. Jangan jeles :pandaGeli_01:



Tahun ni tema famili aku kaler kuning gold tapi seperti biasa mana sempat nak bergambar famili pun. Buktinya takde gambar sedondon kaler kuning untuk 1 famili. Tak best pun ada. Nih pic masa beraya di umah sepupu bapak aku. Wakaka. Menyempat lagi nak berposing di umah orang, Sungguh ketebalan muka-muka diorang ni. Huhuhu. Siapa yang tukang snap gambar? Kesian tunang aku. Hihihi. Sementara tunggu orang serve laksa Sarawak, kitorang apalagi. Ejejeje. Bila hidangan dah ready, apalagi, kita makan dulu! Yeay!




Uit! Aku kat umah ni, walaupun ada kerja yang nak disetelkan di ofis tapi aku sangat la malas nak ke ofis. Cukup la hari Isnin tu jumpa BB sebelum dia takde pastu malas. Sungguh la pekerja tak cemerlang. Wakakaka. :pandaGeli_14:


Walaupun hari ni hari raya yang ke-8 tapi semangat nak berziarah tu masih ada. Sebabnya tahun ni aku rasa tak banyak rumah member-member yang aku 'langgar'. Dari hari raya pertama, siangnya aku memang dok umah jer cuma ada masa nak berziarah pada waktu malam jer, tu pun bila malam tak banyak umah yang boleh 'dilanggar'. Aku takleh nak bayangkan bagaimana kalo beraya berdua nanti, lagi la banyak umah nak diziarah, maklum la dah ada 2 famili. Huhuhu.

Sekarang umah dah kembali sunyi dah. 3 orang adik aku dah kembali ke kampus, tinggal la kami 5 beranak di umah. Cuti masih ada 4 hari lagi. Besok kalo mak pun dah kerja, aku pun nak ke ofis jugak la. Boring la sorang-sorang kat umah, lagipun kat belakang umah ada orang mati bunuh diri. Seram gak bila sorang-sorang. :cinonet_01:


Apapun, selamat kembali bertugas bagi yang dah kembali bertugas. Minggu depan dah banyak kerja dah menunggu di ofis, minggu ni aku selamba jer bermalas-malasan. Haiyoo!! Kenapa la malas sangat ni??? :cinonet_18:




Tak lama lagi birthday dia, tapi aku dah ajak dia pilih hadiah semalam. Terus jer cash & carry! Advance ler pulak. Ahaks. Sikpa la Yang oh? Hehehe.

7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. wah2 bile nak kawin nih uuhuh

    ReplyDelete
  2. kawain cpt2...nnt lagi tmbah family..
    happy family ok....
    Peace no war..

    ReplyDelete
  3. ~ sendondon... jeles!!! tetiba nak jeles nih apesal lak? sebab warna fav amy is purple... :P ~

    ReplyDelete
  4. Raya sakan ekk Mira...baru arini ni ko update ye...raya ngan bakal husband ekkk

    ReplyDelete
  5. amer,
    seronok? amer seronok ek? hehehe

    ien,
    insyallah... x lama lagik.. hiks

    mryussmile,
    insyallah... thanks

    amy,
    jeles sbb mc pakai kaler fav amy ek? ehehehhe

    km,
    ahaha... rindukan entri aku ke? haha.. aha.. bakal.. hihi

    ayu,
    sweet ke? thanks.. :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form