Khamis, Oktober 2

Syawal-1


1 Syawal dah berlalu dah. Bila dah raya, berlalu macam tu jer tapi sebelum raya tuh, mak oi.. sibuknya teramat. Hari ni pun sibuk. Kaki macam nak patah jer, mata lak kuyu sebab berapa malam dah tido lambat.

Raya tahun ni 1st raya sebagai tunangan orang dan last raya sebagai anak gadis. Hehehe. Insya Allah tahun depan raya dah tukar status dah. Amin.


Tahun ni memang semangat nak raya tu macam pudar jek walaupun sebelum cuti asyik menghitung hari nak cuti jer. Baju raya pun malam raya baru amik kat tailor. Memang tak pernah dibuat pun sebelum ni. Dah la baju tu tak reti-reti nak siap. Lepas payday terus amik baju tapi macam-macam alasan jer belum siap, at last malam raya jugak baru dapat. Tu pun aku jugak yang bersusah payah tolong mencari di sebalik timbunan baju-baju kat kedai tu. Bengang sangat, membuatkan moodku merudum jek.

Pagi raya tahun ni semua famili berkumpul di rumah kitorang. So memang tak keluar langsung on the 1st day. Nenek pun ada kat umah dan of course bila dah ada orang tua di umah sememangnya semua saudara-mara akan berkumpul di umah. Sangat la meriah, biskut pun dah nak abis dah. Nampak gaya kena cari kat kedai untuk back-up.

Bercerita pasal kuih, hampa sangat. Hari tu masa beli butter lupa bawak naik ofis, tinggalkan dalam kereta jer dan bila balik umah butter tu semuanya mencair. Rasa nak nangis. Dah ler butter mahal, beli plak 4 tin. Uwaa waa waaa. Nak tak nak terpaksa gak buat guna butter tu. Takkan nak membazir kot. Jadi tak jadi, memang tawakal jer masa buat. Tapi alhamdulillah, semuanya ok walaupun meragam jugak la.

Seperti biasa raya pertama memang tak sempat nak amik gambar famili. Selalunya bila dah akhir-akhir raya baru ler kitorang 1 famili tutup umah, pakai baju sedondon masa raya pertama tu dan snap famili photo. Tak guna jurugambar profesional pun cuma perlukan bantuan tripod jer. Tahun ni masa bersalam-salaman tu bapak aku suh amik video. Apa lagi, macam-macam karenah la. Bila dah siap bersalam, masa untuk makan then aku terus view video kat tv dan gelak gelak gelak. Melihatkan macam-macam karenah adik-adik dan sepupu-sepupu aku. Alhamdulillah, aku sayang famili aku.
To all, selamat berhari raya, Maaf zahir dan batin. Maaf yer kalo aku dah lama tak menjenguk blog korang. Malas sangat nak online kat umah lagipun I busy you. Ahaha. Ooops.. jangan jeles tau aku start keja on 13.10.2008. Surat lantikan pun dah dapat hari Jumaat hari tu. Yeay!


Daaaa :cinonet_04:



Catat Ulasan